KRI Martha Khristina Tiyahahu (331) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda friget yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia.
Kapal KRI Martha Khristina Tiyahahu milik Indonesia merupakan kapal jenis peronda friget kelas Martha Khristina Tiyahahu (RN Tribal). KRI Martha Khristina Tiyahahu memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Martha Khristina Tiyahahu dibina oleh Alex Stephen & Sons, Govan, United Kingdom. Ia dilancarkan pada 1964 sebagai HMS Zulu (F124) dan dibeli oleh tentera Indonesia pada tahun 1985.
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Martha Kristina Tiyahahu, KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dan KRI Hasanuddin.
Sejarah
- 13 Desember 1960 lunasnya mula diletakkan sebagai Type 81 kelas Tribal dengan nama kapal F124 HMS Zulu
- 3 Julai 1962 dilancarkan sebagai F124 HMS Zulu
- 17 April 1967 ditauliah
- 1979 disimpan
- 25 Jun 1977 Kerahan Pemeriksaan Armada ("Fleet Review") Jubli Perak (Skuarden Friget ke-4), di luar Gosport
- 1982 ditauliahkan semula
- 30 Mar 1984 Dinyah tauliah. Dipindahkan ke Indonesia sebagai KRI Martha Kristina Tiyahahu (331)
- 2 May 1985 Ditauliah
- 1999 Dinyah tauliah [1]
Ciri-ciri
KRI Martha Khristina Tiyahahu mempunyai 268 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Martha Khristina Tiyahahu dilengkapi untuk misi rondaan umum.
Kapal KRI Martha Khristina Tiyahahu sepanjang 109.73 m; 12.95 meter lebar * 3.8 meter ( 360kaki panjang * 42.5kaki * 12.5kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 24 knot. KRI Martha Khristina Tiyahahu mempunyai seseran 2,700 tan penuh.
Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.
TORPEDO
Tiada maklumat
PELURU BERPANDU
Sistem pertahanan udara adalah sepasang pelancar peluru berpandu Brods Sea Cat darat-ke-udara berkembar empat jarak dekat.[2] Ia diselaraskan dengan sistem tembakan Plessey Jenis 903.
MERIAM
Meriam utama kapal perang KRI Martha Khristina Tiyahahu yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam Vickers berkembar 114mm/4.5 kaliber SP dan 1 motar Limbo anti kapal selam (ASW), dua laras Oerlikon 20 mm, dua mesingan 12.7 mm.
PENANGKIS "COUNTERMEASURES"
KRI Martha Khristina Tiyahahu mempunyai sistem sonar Jenis Graseby 177 & 170B dan Kelvin Hughes Jenis 162 yang dipasangkan pada badan kapal. KRI Martha Khristina Tiyahahu juga dilengkapi dengan 1 rak Deep Charge, dengan 1 Limbo 3-tiub Mk 10
KRI Martha Khristina Tiyahahu juga dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan Jenis 262 SAM dan juga mempunyai 2 pengumpan RL Knebworth Corvus dengan 8 tiub pelancar.
PENGESAN
KRI Martha Khristina Tiyahahu memiliki radar pengesan udara Jenis 965 Marconi 2-D yang berupaya memberikan carian radar pesawat musuh, dan radar permukaan Marconi jenis 993.
KRI Martha Khristina Tiyahahu juga dilengkapi dengan dek belakang dan hanger untuk satu helikopter Westland Wasp.
TUJAHAN
Kapal KRI Martha Khristina Tiyahahu mempunyai enjin turbin gas yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 7,500 shp secara berterusan dengan kelajuan 17 knot. Selain itu terdapat turbin wap sokongan satu dandang yang menghasilkan 15,000 - 22,500 shp dengan kelajuan 25 batu nautikal.
Pada kelajuan 12 knot, ia mampu bergerak sejauh 5,400 batu, dan menggunakan radar pandu arah Decca 978.
Martha Khristina Tiyahahu juga dilengkapi dengan dek belakang dan hanger untuk satu helikopter Westland Wasp.
Pegawai pemerintah KRI Martha Khristina Tiyahahu
Commanding Officer Service
Pautan luar