KD Sri Perlis merupakan kapal perangtentera laut Malaysia jenis kapal peronda kelas "Kris" yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Sri Perlis memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh.[1]
KD Sri Perlis merupakan kapal peronda yang bertempat di Skuadron 31, Sandakan, Sabah.
KD Sri Perlis (47) merupakan kapal peronda yang dibina oleh Vosper Ltd., di Portsmouth, England. Ia dibina pada 28 Julai 1967, dan dibeli pada 24 Jan 1968. Ia mampu membawa 22 orang anak kapal.
Kapal dalam kelas "Kris" memiliki seseran 96 tan piwaian, 109 tan muatan penuh. Ia sepanjang 31.4 meter dengan kelebaran 6 m dan ketinggian 1.7 m
Ia memiliki kemudahan 10 bunk di mes belakang, 6 bunk di mes hadapan, 4 bunk untuk senior rate, 1 untuk CO dan 2 untuk XO dan NO. Bilangan kemudahan yang sedia ada adalah 23 orang.
KD Sri Perlis tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan torpedo.
Peluru Berpandu
KD Sri Perlis tidak dilengkapi dengan sebarang persenjataan peluru berpandu.
Meriam
KD Sri Perlis dilengkapi dengan 2 meriam Bofors 40 mm/60 dan dua mesingan 7.62 mm.
Penangkis langkah balas
KD Sri Perlis tidak dilengkapi dengan sebarang pertahanan pelancar umpan, sebaliknya menggunakan kelajuaannya bagi mempertahankan diri.
Pengesan
KD Sri Perlis dilengkapi dengan sistem pengesan elektronik Racca Decca Bridgemaster, ARPA 1-band.
dilengkapi dengan Radar DECCA TM 616, COLLINS 618T HF Transceiver dan RACAL PTR 171 UHF Transceiver.
Tujahan
Ia memiliki 2 enjin MTU MD655/18 diesel 3,500 kuasa kuda dengan dua gandar yang mampu menghasilkan kelajuan 27 knots. Ia memiliki julat perkhidmatan sejauh 3,074 KM pada kelajuan 14 knot.