Julian Wesley Green (lahir 6 Jun 1995) adalah pemain bola sepak profesional Amerika Syarikat yang bermain sebagai Pemain sayap untuk Kelab Bundesliga, Hamburger SV secara pinjaman dari Bayern Munich dan Pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Sebelum kemunculan senior antarabangsanya, Green bermain di peringkat antarabangsa bagi pasukan belia Jerman dan Amerika Syarikat kerana mempunyai dua kewarganegaraan.[2][3]
Karier kelab
Bayern Munich
Pada 8 November 2013, Green menandatangani kontrak professional bersama Bayern Munich untuk kekal di kelab itu sehingga tahun 2017.[4] Green membuat penampilan sulung professionalnya pada 27 November 2013, masuk pada minit 88 menggantikan Mario Götze ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang CSKA Moscow.[5][6] Beliau telah dinamakan dalam skuad Bayern untuk Piala Kelab Dunia FIFA 2013, sebagai gantian kepada Arjen Robben yang cedera.[7] Green telah disenaraikan dalam skuad utama untuk musim 2014–15.[8][9]
Hamburger SV
Pada 1 September 2014, ianya telah diumumkan bahawa Green akan dipinjamkan kepada Hamburger SV untuk musim 2014-15.[10]
Statistik karier
Kelab
- Sehingga 14 September 2014.
- 1.↑ Termasuk Liga Juara-Juara Eropah.
- 2.↑ Termasuk Piala Super Jerman, Piala Super UEFA, Piala Kelab Dunia FIFA dan Regionalliga promotional play–off.
Antarabangsa
Gol antarabangsa
Rujukan
Pautan Luar
Persondata
|
Nama
|
Green, Julian
|
Nama alternatif
|
Green, Julian Wesley
|
Pemerihalan ringkas
|
Professional footballer
|
Tarikh kelahiran
|
6 June 1995
|
Tempat kelahiran
|
Tampa, Florida
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|