Joseph Smith Jr. (23 Disember 1805 – 27 Jun 1844) adalah seorang pemimpin agama Amerika dan pengasas pergerakan Orang Suci Zaman Akhir, yang menimbulkan Mormonisme. Smith dianggap oleh pengikutnya sebagai nabi. [1]
Smith dilahir di Sharon, Vermont, anak kelima Joseph Smith, Sr. dan Lucy Mack Smith. Sebelum tahun 1817, keluarga smith sudah pindah ke negeri New York, subuah kawasan yang berkali-kali mengalami kebangkitan semula perasaan agama selama Second Great Awakening di Amerika. Keluarga Smith berpendapat lain satu sama lain tentang agama, tetapi mereka percaya dalam penglihatan dan pernubuatan.
Bermula dalam tahun 1820, Smith mengatakan bahawa dia berpenglihantan, yang di dalamnya dia mengatakan bahawa seorang malaikat mengarahkan dia ke sebuah kitab lempingan emas yang ditanam, diukir dengan sebuah sejara Kristian tentang beberapa tamadun America kuno. Pada tahun 1830, dia menerbitkan sebuah penerjemahan lempingan emas tersebut dalam bahasa Inggeris. Kitab ini dipanggil Kitab Mormon. Nanti, Joseph Smith membentuk beberapa cabang Gereja Kristus. Dia katakan bahawa dia telah dipilih oleh Tuhan untuk memulihkan gereja Kristian awal. Ahli gereja ini nanti dikenali sebagai Orang Suci Zaman Akhir, Orang Suci, ataupun orang Mormon.
Pada tahun 1831, Smith berpindah ke barat ke Kirtland, Ohio bermaksud mendirikan Kota Sion di Missouri bahagian barat, tetapi peneroka Missouri mengusir Orang Suci Zaman Akhir pada tahun 1833. Selepas memimpin kem Sion, Smith mulai mendirikan sebuah bait suci di Kirtland. Pada tahun 1837, Kirtland Safety Society, subuah bank didirikan oleh Smith dan pemimpin gereja lain, gagal. Pada tahun berikutnya, Smith bersama pengikutnya di Missouri bahagian utara, di mana peneroka lebih awal berlawan dengan mereka sebab mereka berasa takut tentang pertumbuhan komuniti Mormon yang pesat. Para Orang Suci di kalahkan and diusir dari Missouri, dan smith dipenjarakan.
Pengikut Joseph Smith menganggap bahawa banyak dari penerbitannya adalah tulisan suci. Ajarannya termasuk pandangan yang unik tentang sifat-sifat Tuhan, cosmology, struktur-struktur keluarga, organisasi politik, dan kolektivisme agama. Dia dianggap sebasi salah satu orang yang paling berkarisma dan berdaya cipta dalam sejarah Amerika. Pengikutnya menganggapny sebagai nabi setaraf dengan Musa dan Elijah.