* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:56, 2 Jun 2023 (UTC)
Nanitamo Jonathan Ikoné (lahir 2 Mei 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Fiorentina.[2]
Kerjaya kelab
Paris Saint-Germain
Ikone melakukan penampilan sulungnya pada 28 September 2016 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Ludogorets dengan menggantikan Ángel Di María pada minit ke-88 dalam perlawanan yang berkesudahan kemenangan 3-1.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 pada tiga hari kemudian semasa menentang Bordeaux. Beliau sekali lagi menggantikan Di María pada minit ke-88 permainan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 di gelanggang sendiri.[4]
Montpellier
Pada 18 Januari 2017, Ikoné telah dipinjamkan ke kelab Montpellier untuk menghadapi saki-baki musim.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Montpellier pada tiga hari kemudian ketika menentang Metz dengan beraksi penuh sehingga wisel penamat.[6]
Lille
Pada 1 Julai 2018, Ikoné berpindah ke kelab Ligue 1, Lille dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[7]
Kerjaya antarabangsa
Ikoné telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Republik Demokratik Congo.[8] Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancis.[9] Beliau telah dipanggil oleh skuad senior Perancis untuk menghadapi perlawanan menentang Albania dan Andorra pada September 2019.[10] Beliau menjaringkan gol pada perlawanan sulungnya bersama Perancis pada 7 September ketika menentang Albania dengan beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Kingsley Coman pada minit ke-77 permainan.
^"La relève du PSG, c'est peut-être lui" [The next generation of PSG, it may be him]. leparisien.fr (dalam bahasa Perancis). Le Parisien. 30 October 2013. Dicapai pada 5 April 2020.