Jonah Hill |
---|
Jonah Hill 2013 |
Kelahiran | Jonah Hill Feldstein (1983-12-20) 20 Disember 1983 (umur 41)
|
---|
Warganegara | Amerika Syarikat |
---|
Pusat pendidikan | The New School |
---|
Ketinggian | 170 cm (5 ka 7 in) |
---|
Hubungan | Beanie Feldstein (saudara perempuan) |
---|
Jonah Hill Feldstein (lahir 20 Disember, 1983), lebih dikenali sebagai Jonah Hill, adalah seorang pelakon Amerika, penulis, penerbit dan pelawak.
Kerjaya
Hill dikenali dengan peranan komedi dalam filem-filem yang dilakonnya. Pada 2006, beliau berlakon dalam filem Accepted yang diarah oleh Steve Pink dan ditulis oleh Adam Cooper. Pada 2007, dia berlakon dalam filem Superbad sebagai Seth, dan pada tahun yang sama dalam filem Knocked Up. Pada tahun 2012, beliau berlakon dalam filem 21 Jump Street memegang watak sebagai Morton Schmidt/Doug McQuaid, seorang pegawai yang kekok bersosial. Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam filem This Is the End dan kemudiannya dalam filem 22 Jump Street beliau kembali memegang watak sebagai Morton Schmidt, selain lakonannya dalam filem Moneyball (2011) dan dalam filem The Wolf of Wall Street pada tahun 2013, yang untuknya dia menerima pencalonan Anugerah Akademi bagi Aktor Pembantu Terbaik.
Hill terletak pada kedudukan ke-28 dalam senarai kedudukan pelakon tertinggi dunia dibayar majalah Forbes dari bulan Jun 2014 hingga Jun 2015, mendapat US $ 16 juta.[1]
Rujukan
Pautan luar
Templat:Wikimedia