Jigoku Shōjo (地獄少女code: ja is deprecated , secara literal bermaksud Gadis Neraka), juga dikenali sebagai Girl From Hell (Gadis dari neraka), merupakan sebuah siri anime yang dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen.Musim pertama siri ini pertama kalinya ditayangkan di Jepun menerusi beberapa saluran televisyen, antaranya Animax, Tokyo MX, MBS dan lain-lain, bermula dari 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Di atas kejayaan musim pertama siri ini, musim keduanya telah ditayangkan, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠code: ja is deprecated , Gadis Neraka:dua sangkar) yang ditayangkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi saluran Animax.[1]Sebuah siri drama televisyen yang berdasarkan siri ini mula ditayangkan di Jepun menerusi Nippon Television bermula daripada 4 November, 2006.[2] Sebuah musim baru iaitu musim ketiga siri ini diumumkan pertama kalinya menerusi laman rasmi versi mobilnya[3], dan diberi judul Jigoku Shōjo Mitsuganae (地獄少女 三鼎code: ja is deprecated , Gadis Neraka:Tiga Kawah).[4]
Plot
闇に惑いし哀れな影よ・・・
Yami ni madoishi awarena kage yo...
人を傷つけ貶めて、罪に溺れし業の魂 ・・・
Hito o kizutsuke otoshimete,tsumi ni oboreshi gou no tama....
いっぺん、死んで見る?
Ippen shinde miru?
"Wahai manusia yang diselubungi kegelapan.
Perbuatanmu telah mengakibatkan kesakitan dan keseksaan ke atas orang lain.
Jiwamu yang kekosongan lemas di dalam dosa-dosa mereka.
Apakah anda sudi melihat kematian?"
”
— Petikan ucapan Enma Ai.
Setiap kisah pendek yang terkandung dalam siri ini menceritakan kisah keseksaan seorang individu berbeza akibat salah satu daripada watak antagonis. Sebuah laman web yang dikenali sebagai Jigoku Tsūshin (Perhubungan Neraka) hanya boleh dicapai tepat pada tengah malam (12:00 AM) oleh seseorang yang mempunyai hasrat dendam terhadap penyeksanya. Jikalau seseorang itu menghantar nama orang yang dibencinya, Jigoku Shōjo (Gadis Neraka) akan menawarkan individu tersebut sebuah patung straw lengkap dengan seutas tali merah yang terikat dileher patung itu. Jika tali itu ditarik, maka Jigoku Shōjo akan mendayung orang yang mereka benci terus ke Neraka, tetapi berlandaskan syarat dalam Jigoku Shoujo, mereka yang meminta pertolongan Enma ai juga akan ditempatkan ke dalam Neraka setelah mereka meinggal dunia.
Dalam setiap kisah, drama para protagonis diceritakan secara mendalam daripada permulaan perasaan dendam mereka, menerusi kemuncak penyeksaan yang ditanggung mereka sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi dan merujuk kepada laman web tersebut - yang kelihatan hitam dan hanya boleh dibuka pada tengah malam dan dicapai oleh orang-orang yang benar-benar mempunyai perasaan dendam. Kandungan laman web tersebut mengandungi teks berikut: "あなたの怨み、晴らします。 (Kami akan membalas dendam di tempat anda.)", sebuah kotak teks di mana objek kepada dendam itu haruslah ditulis, dan butang "送信 (Hantar)". Sejurus selepas menghantar nama sesorang itu, Enma Ai, seorang gadis muda bermata merah cili berpakaian seragam sekolah tradisional, akan berhadapan dengan para penyerah. Dia akan memberi mereka sebuah patung straw dengan seutas tali merah yang terikat di lehernya. Seterusnya dia akan menerangkan kepada mereka yang menyerunya bahawa jikalau mereka inginkan dendam mereka dipenuhi, maka mereka haruslah menarik tali merah itu daripada patung yang diberikannya, dan musuh mereka akan diheret terus ke Neraka. Walaubagaimanapun, sebuah simbol berbentuk bulan sabit berwarna hitam akan timbul pada bahagian dada mereka yang melaksanakan kontrak dengan "Jigoku Shōjo", sentiasa mengingatkan mereka tentang nasib yang menanti roh mereka setelah ajal menemui mereka, sebagai bayaran ataupun pampasan kepada perlaksanaan dendam mereka.
Enma Ai tinggal di rumah yang terletak di sebuah dunia asing bersama-sama neneknya (yang tidak pernah ditunjukkan mukanya) yang tidak beriklim dan dalam keadaan senja sentiasa. Enma Ai dibantu oleh tiga orang pembantunya. Apabila mereka tidak berada di bawah perkhidmatannya, mereka kekal dalam bentuk tiga buah patung straw. Jika tidak, mereka bertiga memainkan watak-watak berikut - Ichimoku Ren, seorang lelaki muda serba tampan berpakaian biasa dan mengambil bentuk sebuah patung straw berwarna biru; Hone-Onna, seorang wanita cantik berpakaian kimono dengan sehelai kain obi yang diikat di hadapan yang menandakan bahawa dia seorang pelacur dan mengambil bentuk sebuah patung straw merah; dan Wanyūdō, seorang lelaki tua bertopi dan memakai skaf merah, yang mengambil bentuk sebuah patung straw hitam. Mereka membantu Enma Ai apabila mangsa mereka berhadapan dengan dosa mereka, sebelum Enma Ai (yang berpakaian kimono tradisional dengan corak bunga-bungaan) menghantar atau mendayung mereka ke Neraka. Selain itu, ketiga-tiga pembantunya juga seringkali menyelidik sifat sebenar pelanggan mereka.
Dalam episod 8 siri ini, dua watak sampingan yang berulangan telah diperkenalkan: Seorang wartawan bernama Shibata Hajime - seorang bekas pemeras ugut/pemburu skandal yang memilih untuk menyiasat kisah yang berkaitan dengan Jigoku Shōjo; dan anak perempuannya yang bernama Tsugumi. Selepas bertemu dengan Ai, Tsugumi telah mula melihat visi seakan-akan firasat terhadap apa-apa yang dilihat Ai, sekaligus keluarga Hajime tersebut mula terlibat dalam hal Ai dengan lebih mendalam. Hajime tidak bersehaluan dengan kaedah Enma Ai menjalankan servis pembalasan dendam bagi pelanggan-pelanggannya, lalu dia cuba untuk menghentikan mereka yang telah berpaling ke arah Jigoku Shōjo untuk pertolongan daripada menggunakan servisnya, dengan menerima bantuan daripada Tsugumi.
Apabila siri ini berlanjutan, ia telah didedahkan bahawa Hajime dan Tsugumi merupakan keturunan seorang lelaki yang bernama Sentarō Shibata. Sentaro dan Ai pernah merupakan rakan sejak kecil lagi. Tambahan pula, mereka adalah sepupu. Kampung halaman mereka mempunyai suatu tradisi: Setiap tujuh tahun, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun akan dikorbankan kepada para Tuhan, supaya tujuh tahun yang akan datang akan dipenuhi kemakmuran. Ai dipilih sebagai korban kepada tradisi tersebut, namun ibu bapa Ai meminta Sentarō menyembunyikan Ai daripada membenarkannya dikorbankan. Sentarō bersetuju, lalu mengambil Ai ke atas bukit, menyembunyikannya selama enam tahun. Pada tempoh itu, kampung mereka telah mengalami kesempitan dalam menyara kehidupan mereka.
Dalam salah satu perjumpaan rahsia Sentarō bersama-sama Ai, penduduk kampung telah menangkap dan membawa mereka masuk kawasan kampung, dan menuduh mereka bertanggungjawab merangsang kemarahan Tuhan Bukit. Penduduk kampung kemudiannya melontar Ai dan ibu bapanya ke dalam sebuah lubang dan memaksa Sentarō menanam mereka sebagai penebusan menyembunyikan Ai. Semasa Ai ditanam dia masih sedar akan apa yang berlaku dan berasa dikhianati oleh Sentarō.
Selepas Ai ditanam, Sentarō terjaga pada suatu malam dan keluar daripada rumahnya. Setelah dia kembali, dia ternampak Ai sedang membakar perkampungannya. Di atas perasaan serba salah dan kegilaan yang menghantui dirinya, Sentarō melarikan diri. Dia membesar dengan perasaan hampa dan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukannya, lalu dia membina sebuah kuil bagi mengenang Ai dan kanak-kanak lain yang telah menjadi korban kepada Tuhan Bukit. Dia juga telah membuka sebuah kedai gula-gula yang digelar Shibataya yang menjual sejenis gula-gula hitam yang dia dan keturunannya dan pemilik-pemilik lain hantar ke kuil itu sebagai pemberian.
Apabila Ai menyedari bahawa Hajima dan Tsugumi mempunyai pertalian darah dengan Sentarō, maka dia telah cuba untuk membunuh mereka, namun gagal. Di atas kelakuannya, Ai telah ditempatkan di neraka, tetapi dia berjaya melepaskan dirinya dan berputus untuk membangkitkan perasaan dendam di dalam hati Tsugumi untuk menghantar ayahnya ke neraka dengan menunjukkan hubungan ibu dan bapanya termasuklah bagaimana ibunya terbunuh dan sikap ayahnya yang menafikan tanggungjawabnya. Ai terus menekan dan memaksa Tsugumi menarik tali itu manakala ayahnya terperangkap di dunia Ai, namun dia akhirnya berjaya melepaskan diri di atas pertolongan nenek Ai, yang telah membantunya dengan melakukan suatu pertukaran (pertukaran di antara mereka tidak diketahui).
Hajime kemudiannya kembali ke pangkuan Tsugumi dan mengakui kesilapannya, lalu memberitahu anaknya itu untuk menghantarnya ke neraka. Ini telah menaikkan kemarahan Tsugumi kerana dia menganggap jawapan ayahnya itu menunjukkan bahawa dia tidak menghargai saat-saat yang mereka luangkan bersama. Dengan itu, Tsugumi mengembalikan patung straw tersebut kepada Enma Ai. Ai kemudian membakar kuil yang dibina Sentarō, yang membuktikan sama ada dia melepaskan dendamnya terhadap Sentarō (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada pembebasan Sentarō daripada penyesalannya) ataupun sebagai suatu tanda bahawa dia tidak akan sama sekali memaafkan Sentarō, walaupun setelah melakukan bermacam-macam untuk menunjukkan kekesalannya (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada keengganan memaafkannya). Musim pertama ini tamat apabila Hajime dan Tsugumi pulang kepada rutin harian mereka dan Enma Ai meneruskan rutinnya juga, yang telah berlangsung berabad-abad lamanya - iaitu menghantar manusia ke api neraka.
Musim Kedua Jigoku Shōjo (berjudul Jigoku Shōjo Futakomori) mula dengan mendedahkan bahawa Ai akan dihukum oleh Neraka di atas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas penduduk kampungnya.
Jika dia menolak, ibu bapanya akan meronta-ronta di dalam kegelapan buat selama-lamanya. Hukuman yang diberikan kepada Ai ialah menghantar dendam para manusia.
Dalam permulaan musim kedua, terdapat seorang kanak-kanak misteri yang muncul sekelip mata dalam episod pertama; dia memakai kimono yang serupa dengan kimono Ai. Selepas episod 4, nama kanak-kanak perempuan itu didedahkan sebagai Kikuri.
Dalam musim kedua juga, asal-usul pembantu Enma Ai telah didedahkan.
Babak utama musim kedua ini menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Takuma Kurebayashi yang berasal daripada Lovely Hills. Dia dituduh bertanggungjawab oleh penduduk setempat ke atas kehilangan beberapa penduduk di sana, yang sebenarnya disebabkan oleh mereka yang menggunakan Jigoku Tsūshin. Layanan yang diterima Takuma telah membangkitkan memori Ai tentang zaman silamnya, lalu dia menolak permintaan untuk menghantar Takuma ke neraka. Dengan berbuat demikian, Ai telah melanggar peraturan Neraka, maka dia dibebaskan daripada peranannya sebagai Jigoku Shōjo. Meskipun begitu, setelah dia dibebaskan daripada hukumannya, dia dibangkitkan semula sebagai seorang manusia biasa oleh Raja Neraka yang bersifat kuku besi itu dan dihantar semula ke dunia biasa dalam keadaan yang hampir meragut nyawanya, mengalami keperitan menanggung usianya iaitu 400 tahun sekaligus. Ren, Honne-Onna dan Wanyuudou cuba untuk membantu Ai yang kini hidup sebagai manusia biasa, namun didapati bahawa memori Ai terhadap kewujudan mereka telah dilenyapkan Raja Neraka.
Ai cuba untuk menghentikan penduduk pekan tersebut daripada membunuh Takuma dan berjaya buat sementara waktu. Namun, seorang pelanggan yang menggunakan Jigoku Tsūshin, disebabkan perasaan takut akan nasib yang menantinya dan berharap agar dia dapat menyelamatkan dirinya daripada api neraka selepas kematian, memukul Ai di belakang kepalanya dengan sebuah penyodok. Beberapa orang penduduk Lovely Hills yang telah menggunakan servisnya turut serta dalam serangan ke atas Enma Ai. Apabila Ai menurut takdir maut yang menantinya, dia berkata, "Inilah penghujungnya," berasa lega. Dia lesap ke dalam suatu tiupan angin kelopak bunga sakura sejurus selepas menghembuskan nafas terakhirnya, dan roh ibu bapanya dibebaskan daripada Neraka. Kikuri, dalam sebuah sampan menuju ke Neraka, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Musim kedua berakhir. Ren, Onna dan Wanyūdō berpisah di dunia sebenar, kehidupan Takuma kembali pulih seperti dahulu, dan diikuti dengan seorang gadis menerima mesej daripada Jigoku Shōjo pada telefon bimbitnya.
Watak-watak
Watak-watak utama
Enma Ai (閻魔 あいcode: ja is deprecated )
Disuarakan oleh: Mamiko Noto (Bahasa Jepun), Brina Palencia (Bahasa Inggeris)
Protagonis utama siri ini. Enma Ai mempunyai rambut hitam bermaya dan mata berwarna merah cili. Dia merupakan roh kepada seorang kanak-kanak dengan sejarah yang tragik, dan tinggal di sebuah dunia yang sentiasa di waktu senja bersama-sama neneknya, dan bertanggungjawab menerima dan membalas dendam pelanggannya dengan mendayung musuh-musuh mereka ke neraka. Dia selalunya memakai seifuku hitam atau seragam sailor (yang selalu dipakai dalam musim sejuk), tetapi akan sentiasa memakai kimono bercorak bunga-bungaan apabila menjalankan peranannya sebagai Gadis Neraka. Ai mula menjalankan tugasnya sebagai Gadis Neraka tersebut menerusi perasaan dendamnya terhadap penduduk-penduduk kampung yang telah mengorbankannya. Tugasnya memenuhi hasrat manusia lain terhadap dendam peribadi mereka dan mendayung manusia ke Neraka merupakan hukuman yang diterimanya, dan telah dipatuhi dan dijalankannya selama lebih 400 tahun. Walaupun tugas ini dipersembahkan dari segi penebusan dosa, dia tidak pernah diberi pengetahuan akan hari kebebasan terhadap hukumannya. Disebabkan peredaran masa yang telah memakan jiwa raganya, Enma Ai dari awalnya telah kehilangan segala perasaan, seakan-akan menjadi kebas, seperti yang dilihat pada raut wajahnya. Wanyūdō menyatakan bahawa dia masih mempunyai perasaan, meskipun tidak sesekali ditontolkannya dengan jelas, dan juga disebabkan oleh arahan Labah-Labah yang telah menutup pintu hatinya. Pengalaman yang dihadapinya bersama-sama keluarga Shibata telah membangkitkan ketidakpuasan hatinya dengan nasib yang menimpanya dan kemudian telah membangkitkan semula emosi-emosi yang lain, jika tidak, sekurang-kurangnya kemampuannya untuk meluahkan mereka. Sebelum bertemu dengan keluarga Shibata, Ai telah mampu untuk memendam memori dendamnya pada masa silam. Ai telah mempamerkan beberapa kuasa apabila emosinya terganggu ataupun jika dia berasa teramat marah terhadap sesuatu. Antaranya termasuklah mengalirkan letusan-letusan tenaga, keupayaan mencipta ilusi-ilusi nyata dan menggerakkan orang lain dan dirinya ke tempat-tempat lain. Gangguan emosi dan memori yang dipendam Ai dibangkitkan lagi dalam musim kedua setelah menyaksikan penyeksaan yang ditanggung oleh Takuma Kurebayashi, yang serupa dengan situasinya di masa lampaunya. Ini telah menyebabkan Ai menentang Raja Neraka, lantas membebaskan dirinya daripada tugasnya dan kehidupannya sebagai manusia biasa dikembalikan - dan diragut sekali lagi sejurus selepas itu, apabila dia cuba menyelamatkan Takuma daripada penyeksanya. Selepas pengorbanan Ai berlalu, tubuhnya diserap menjadi kelopak-kelopak bunga sakura dan dihayutkan ke langit; ini mungkin melambangkan bahawa pengorbanan dirinya berperanan sebagai suatu penebusan yang mencukupi untuk jenayah yang telah dilakukannya supaya dia bersama-sama mereka yang tersayang dibebaskan daripada cengkaman api neraka.
Ichimoku Ren (一目連code: ja is deprecated )
Disuarakan oleh: Masaya Matsukaze (Bahasa Jepun), Todd Haberkorn (Bahasa Inggeris)
Seorang lelaki muda kacak yang merupakan pembantu kepada Enma Ai. Dia boleh menggunakan sebiji mata yang besar di bawah kawalannya kepada mana-mana sudut, membenarkannya untuk melihat bahagian dalam bangunan menembusi dinding-dinding. Mata yang besar ini juga boleh digunakan sebagai senjata, dengan memancarkan beberapa pancaran cahaya yang kuat. Apabila diperlukan, Ren bertukar menjadi sebuah patung straw biru dengan mencium loket yang dipakainya pada lehernya. Dia kadang-kala dirujuk sebagai "Moku" atau "Ichimoto Ren". Ren didedahkan sebagai seorang tsukumogami, sebuah artifak yang telah memeperoleh perasaan setelah wujud dalam tempoh masa yang lama. Dalam kes Ren, artifaknya ialah sebilah katana, dipaksa melihat apa-apa yang dilakukan ke atasnya. Dia diberikan bentuk-bentuk baru oleh Ai, yang telah mengutipnya setelah dia dijumpai di medan perang. Sejak itu, Ren telah mula membiasakan dirinya dengan bentuk manusianya, mempamerkan kesombongan dirinya dari semasa ke semasa. Ai menuntut bahawa dia telah mengajak Ren menyertainya kerana terdapat sesuatu yang dicari-cari Ren, sesuatu yang wujud dalam kebingungan dan ketidakupayaan dirinya untuk memahami tiap-tiap kelakuan manusia. Selain ini, beberapa komen Ren juga menandakan bahawa dia sedang mencari persahabatan, sesuatu untuk mengisi kekosongan kewujudan dirinya daripada memainkan peranan sebagai hanya sebilah pedang yang digunakan untuk membunuh. Ren juga melihat rakan-rakannya sebagai keluarganya. Dia merupakan teman Ai yang kedua.
Hone Onna (骨女code: ja is deprecated )
Disuarakan oleh: Takako Honda (Bahasa Jepun), Jennifer Seman (Bahasa Inggeris)
Seorang wanita cantik berpakaian kimono dengan obi yang diikat di hadapan (menandakan bahawa dia seorang pelacur), Hone Onna merupakan salah satu daripada pembantu Enma Ai. Dia bertukar menjadi patung straw berwarna merah apabila dia diperlukan, dengan melontar obi merahnya di atas lehernya. Onna serta Ren berfungsi sebagai penyelidik kepada pelanggan-pelanggan yang melaksanakan kontrak bersama-sama mereka, dan kadang-kala, mereka turut memantau orang yang hendak dihantar ke neraka. Hone Onna selalunya menyamar sebagai perempuan dalam pakaian biasa untuk melakukan penyelidikannya, dalam hal ini dia seringkali menggunakan nama gelaran "Sone Anna". Dalam beberapa waktu, dia menggunakan pisau lontar sebagai senjata; terbukti bahawa dia cukup handal mengendalikan senjata tersebut. Pisau-pisau lontarannya mempunyai sejenis tenaga mistik disebabkan fungsinya yang mampu membunuh makhluk-makhluk ghaib dengan mudah. Onna mempunyai kemahiran untuk menyelit dalam tempat-tempat yang sempit dan kecil, namun masalah timbul apabila dia hendak keluar daripada tempat-tempat begitu. Onna mempunyai tahap kesombongan yang sederhana; dia tidak menyukainya apabila dia "dialamatkan" sebagai obā-san ('perempuan tua' atau 'mak cik'; sejenis gelaran dalam bahasa Jepun bagi wanita di pertengahan umur atau lebih). Dia boleh mendedahkan tulang-tulang dalam tubuhnya untuk menakutkan mereka yang menjadi sasaran dendam; namanya iaitu Hone Onna sebenarnya bermaksud wanita tulang. Dalam episod 8 musim kedua, dia bergurau sambil mengatakan bahawa dia berumur "200 tahun". Imbasan kembali terhadap zaman silamnya mendedahkan bahawa dia merupakan seorang Geisha dengan nama sebenarnya Tsuyu; dia dikhianati seorang pemuda yang dicintainya, yang telah menjualnya ke rumah Geisha untuk melangsangkan hutang lelaki tersebut. Tsuyu dikhianati sekali lagi, kali ini oleh seorang Geisha bernama Kion dalam percubaan membantu Geisha itu dan seorang lelaki yang telah benar-benar mencintai Tsuyu melarikan diri. Dia dan lelaki tersebut ditikam mati oleh seorang samurai di bawah arahan Kion; samurai itu kemudiannya melontar mayatnya ke dalam sebatang sungai. Roh-roh daripada tulang mayat-mayat yang pernah dilontar ke dalam sungai itu bangkit dan bercantum dengan mayat Tsuyu, mengubahnya menjadi yōkai bernama Hone Onna, yang berjumpa dengan Ai dalam kehidupan seterusnya. Onna merupakan teman Ai yang ketiga.
Wanyūdō (輪入道code: ja is deprecated )
Disuarakan oleh: Takayuki Sugo (Bahasa Jepun), R. Bruce Elliott (Bahasa Inggeris)
Seorang pembantu kepada Enma Ai yang bertukar menjadi patung straw hitam apabila diperlukan. Dia juga seringkali mengambil bentuk kenderaan Ai dengan roda berapi apabila dia kembali ke dunia biasa untuk mengheret mangsanya; Enma Ai telah menyatakan bahawa sebelum Wanyūdou melakukan tugas ini untuknya, dia seringkali berjalan ke dunia biasa dan berjalan pulang semula ke dunia asingnya. Kenderaan tersebut secara kebetulan mempunyai tanda simbol hitam berapi yang terdapat pada dada mereka yang telah melangsaikan kontrak dengan Gadis Neraka. Pada hampir sepanjand masa yang lain, Wanyūdō muncul sebagai seorang tua dengan mata kuyu, memakai topi nelayan dan pakaian tradisional Jepun. Meskipun kelihatan lemah dan kurang berupaya disebabkan umurnya, Wanyūdō mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri, mampu melontar bebola api dan juga mempunyai kekuatan luar biasa. Nama Wanyūdō bermaksud "Roda yang bergerak di jalan raya", merujuk kepada jelmaan bentuk roda berapinya. Dalam episod 12 musim kedua, Wanyūdō didedahkan sebagai jurupandu kepada seorang puteri, yang telah jatuh ke dalam gaung. Kenderaannya terbakar dan setiap seorang dalamnya terbunuh. Maka, dia berubah menjadi yōkai yang sering mengganas di sekitar orang lain dalam bentuk roda berapinya, sehingga dia bertemu dengan Ai dan dia menjemputnya menyertainya sebagai temannya yang pertama. Ai mendedahkan kepada Wanyūdō kebolehannya untuk mengubah bentuknya.
Nenek Ai (あいの祖母code: ja is deprecated , Ai no Sobo)
Disuarakan oleh: Eriko Matsushima (Bahasa Jepun), Juli Erickson (Bahasa Inggeris)
Tidak pernah dilihat dalam siri ini, selain daripada sebuah imej bayang-bayang yang dihindari oleh sebuah skrin kertas. Dia sentiasa memutar benang dalam biliknya, dan kadang-kala bercakap dengan Ai untuk memberinya nasihat. Selalunya dia memberitahu Ai tentang pelanggannya atau memaklumkan Ai jika pelanggannya telah menarik tali pada patung straw yang telah diberikan. Dia hanya bercakap dengan Ai sahaja, kecuali dalam tiga kes berbeza; dia seringkali memarahi Kikuri, dan dia pernah berbincang dengan Hajime sekali sebagai tentang satu pertukaran untuknya melepaskan dirinya daripada dunia asing itu. Seorang manusia yang pernah melihatnya lari dalam ketakutan, menunjukkan bahawa rupanya tidak semestinya manusia. Akhir sekali apabila dia menyampaikan mesej buat para pembantu Ai daripada Ai sendiri.
Labah-labah (人面蜘蛛code: ja is deprecated , Jinmen Gumo)
Disuarakan oleh: Hidekatsu Shibata
Seekor labah-labah bercorak-corak dengan tiga biji mata di bahagian abdomennya yang muncul di dunia Enma Ai. Labah-labah ini mungkin sekali makhluk yang sama dengan ubur-ubur yang seringkali melihat Ai apabila dia mendayung mangsanya ke neraka. Suaranya seperti seorang lelaki dan merupakan ketua kepada Ai, terbukti selepas dia menjatuhkan hukuman ke atasnya akibat pembunuhan terhadap penduduk kampungnya. Labah-labah ini mendakwa memegang roh mereka yang disanjungi Ai di tangannya sebagai "tahanan", terutama sekali ibu bapanya, dan jika Ai tidak akur terhadap tugas yang diberikan kepadanya, roh-roh itu akan meronta dalam kegelapan buat selama-lamanya. labah-labah itu pernah sekali membawa Ai dalam sampannya dan berputus untuk menghantar Ai ke neraka apabila dia mula menyerang keluarga Shibata. Sebaliknya, Ai mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk melepaskan dirinya daripada tahanan si labah-labah. Para pembantu Ai tidak percaya mahupun menyukai labah-labah itu, dan mereka hanya pernah bersua namun tidak pernah bertutur di antara diri masing-masing. Dalam episod terakhir musim kedua, Wanyuudou mengecam si labah-labah sebagai ketua Neraka itu sendiri.
Kikuri (きくりcode: ja is deprecated )
Disuarakan oleh: Kanako Sakai
Seorang gadis kecil yang diperkenalkan dalam musim kedua. Sedikit sahaja yang diketahui tentangnya, namun dia telah dibuktikan berupaya untuk merentas dunia senja Enma Ai dan dunia manusia dengan mudah, sehingga menggangu tugas-tugas Enma Ai dan para pembantunya. Ini secara langsung membuktikan bahawa Kikuri bukannya manusia biasa. Untuk menonjolkan kontras sebenar di antara Ai dan Kikuri, gadis kecil ini mempunyai mata berwarna biru-ungu (termasuk juga bahagian sklera) dan personalitinya jauh lebih kebudah-budakkan berbanding personaliti Ai. Dia telah menyatakan minatnya terhadap Ai, namun tingkah-lakunya seringkali menyebabkan penyeksaan dan ketakutan pada tahap yang maksimum. Perbuatannya setakat ini belum lagi dikenalpasti sama ada berasal daripada kejahatan sebenar ataupun tidak. Kadang-kala, Kikuri gemar merosakkan dan menghancurkan benda-benda pada tahap yang kecil, contohnya seperti merosakkan bunga-bunga ataupun apa-apa sahaja yang Ai sayangi. Walaupun kelihatan tidak munasabah, Kikuri telah mempamerkan kehebatannya menggunakan cawatnya, menggunakannya untuk memukul atau menangkap objek. Meskipun secara semula jadinya ganas, dia sebenarnya mengikuti arahan yang diberikan Ai, dan hanya dia seorang sahaja (dalam sebuah episod, kelakuannya ini dibuktikan apabila dia menggangu nenek Ai meskipun dimarahi perempuan tua itu dan dihalang oleh Ai). Dalam episod terakhir musim kedua, Kikuri didedahkan sebagai "pembawa" kepada si Labah-labah, yang mampu merasuk dirinya pada bila-bila masa. Disebabkan ini, perkara-perkara yang dilakukan Kikuri sukar dipastikan asal-usul niatnya, kerana dirinya boleh dikawal oleh Ketua Neraka pada bila-bila masa, dan mustahil ditentukan. Setelah roh mereka yang disanjungi Ai dan dirinya sendiri dilepaskan, Kikuri, yang sedang berada di atas sampan, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Pada masa ini, identiti Gadis Neraka yang seterusnya sukar dipastikan. Namun, kewujudannya adalah pasti.
Watak-watak sampingan
Berikut merupakan watak-watak berulangan atau disebut beberapa kali dalam siri Jigoku Shōjo.
Hajime Shibata (柴田 一code: ja is deprecated , Shibata Hajime)
Disuarakan oleh: Yuji Ueda
Bekas seorang wartawan yang kini berkerja sebagai pemeras ugut selebriti dengan bukti kukuh skandal-skandal mereka. Dia pada mulanya menyiasat Jigoku Tsuushin di atas minat sahaja, tetapi dia mula terbabit apabila mendapati bahawa ia bukan khabar angin sahaja, dan ramai orang yang diheret ke Neraka. Tambahan pula, anak perempuannya, Tsugumi, mempunyai suatu hubungan dengan Enma Ai yang membenarkannya melihat perkara-perkara yang penting kepada apa-apa yang dilihat Ai. Dia disebut secara ringkas dalam musim kedua sebagai penulis kepada biografi Ai.
Tsugumi Shibata (柴田 つぐみcode: ja is deprecated , Shibata Tsugumi)
Disuarakan oleh: Nana Mizuki
Anak perempuan Hajime Shibata. Meskipun dia bapanya, dia sentiasa dirujuk anaknya sebagai "Hajime-chan." Dia terserempak dengan Enma Ai pada seketika dan sejak hari itu, dia mula mempunyai hubungan misteri dengan Gadis Neraka itu. Pada mulanya, dia memberitahu ayahnya tentang segala yang dilihatnya, namun apabila masa berlalu, dia mula mempunyai keraguan terhadap kes ini, sama ada ia adalah perkara yang betul ataupun tidak untuk menghentikan tugas Enma Ai. Dia kelihatan serius, tegas dan agak biadap secara fizikalnya namun sebenarnya bersifat sensitif dan keliru. Dia ditunjukkan secara ringkas dalam musim kedua sebagai sumber maklumat kepada seorang penyiasat.
Ayumi Shibata (柴田 あゆみcode: ja is deprecated , Shibata Ayumi)
Disuarakan oleh: Hitomi Nabatame
Ayumi merupakan isteri Hajime yang telah meninggal dunia. Hajime bekerja keras dan seringkali meninggalkan isterinya bersendirian dengan hasrat untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Ayumi yang seringkali berasa sunyi tanpa Hajime, telah mempunyai hubungan sulit bersama seorang ahli politik yang sedang diintip Hajime. Disebabkan kejadian itu, Hajime telah menghalau isterinya keluar daripada rumah mereka dan melarangnya berjumpa dengan Tsugumi. Malangnya, Ayumi yang penuh dengan perasaan sedih, telah terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa ketika selepas pergaduhannya dengan Hajime, lalu meninggal dunia. Tsugumi menyimpan subang milik ibunya sebagai cenderamata. Hajime sangat mencintai Ayumi dan berasa kesal kerana tidak memaafkannya. Dia percaya bahawa dia merupakan punca kematian isterinya, kerana jika dia telah memaafkan Ayumi, isterinya mungkin terselamat. Dalam musim kedua, Ayumi muncul beberapa ketika, membuktikan hubungannya dengan Gadis Neraka masih wujud. Pada waktu yang sama, dia sebenarnya mempunyai hubungan dengan Kikuri (didedahkan dalam episod terakhir musim kedua).
Takuma Kurebayashi (紅林 拓真code: ja is deprecated , Kurebayashi Takuma)
Disuarakan oleh: Ayumi Fujimura
Takuma ialah seorang budak lelaki pendiam yang tinggal di kota Lovely Hills. Dia dituduh dan seringkali terbabit dalam konflik salah faham di antara penduduk di situ yang menuduhnya sebagai "Anak Syaitan" sepertimana yang pernah dialami Enma Ai. Apabila Takuma mula-mula diperkenalkan dalam siri ini, ibunya dibunuh oleh seorang rakan kepada bapanya. Kemudian, bapanya mula menjadi mangsa, dan apabila Takuma hampir-hampir dibunuh oleh lelaki itu, dia dihantar ke Neraka oleh seorang wanita. Pihak polis yang sampai pada waktu itu percaya bahawa Takuma yang telah membunuh mereka. Akhirnya, Takuma diselamatkan oleh Ai, yang telah mengorbankan dirinya dalam proses tersebut. Mahupun, dengan melakukan begitu, roh Ai dan ibu bapanya "dibebaskan".
Anime
Siri anime Jigoku Shōjo dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen. Diarahkan oleh Takahiro Ōmori, musim pertama berlangsung selama 26 episod dan disiarkan di seluruh kawasan Jepun menerusi stesen Animax daripada 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Musim kedua siri ini, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠code: ja is deprecated ), mula disiarkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi Animax. Animax juga telah menterjemah dan mengalih suara musim pertama siri ini dalam bahasa Inggeris untuk siaran menerusi stesennya di seluruh dunia bermula daripada bulan Oktober 2006, termasuklah rangkaian Inggerisnya di Asia Tenggara dan Asia Selatan termasuklah Malaysia dan rangkaian lain di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan kawasan-kawasan lain.
FUNimation telah melesenkan musim pertama Jigoku Shōjo di SakuraCon 2007 dan akan mengeluarkan judul itu di bawah nama Hell Girl. DVD yang pertama dijadualkan keluar dalam bulan Oktober 2007.[5]
Bermula 24 Oktober2007, Animax telah mula menyiarkan musim kedua siri ini, iaitu Jigoku Shōjo Futakomori di Malaysia[6]. Siri ini disiarkan Animax di bawah judul "Jigoku Shoujo (Musim 2)."
Soundtrack asli siri anime Jigoku Shōjo dikeluarkan pada 25 Januari, 2006. Soundtrack kedua dikeluarkan pada 19 April, 2006.
Jigoku Shōjo Futakomori telah mengeluarkan soundtrack pertamanya pada 24 Januari, 2007, dan soundtrack kedua pada 21 Mac, 2007.
Jigoku Shōjo Original Soundtrack
No. Lagu
Judul Jepun
Judul Melayu
Judul Inggeris
1
焦燥
Ketidaksabaran
Impatience
2
悪意
Niat Jahat
Malice
3
影差して
Berbezakan
Differing
4
蜘蛛と老婆と少女
Si Labah-labah dan Si Tua dan Si Gadis
The Spider and the Crone and the Girl
5
地獄通信
Komunikasi Neraka
Hell Communication
6
少女降臨
Kedatangan Si Gadis
Advent of the Girl
7
三藁捜査線
Tiga Barisan Penyelidik Straw
Three Straw Investigation Line
8
真昼の太陽
Matahari Tengahari
Midday Sun
9
いじめ
Membuli
Bullying
10
朱(あけ)に染まる
Akan Diwarnakan Merah
To Be Dyed Red
11
父と娘
Ayah dan Anak Perempuan
Father and Daughter
12
復讐の行方
Arah Dendam
Direction of Revenge
13
あたたかいもの
Sesuatu yang Suam
Something Warm
14
芝居
Lakonan Teater
Theatrical Play
15
うつろな穴
Lubang Kosong
Empty Pit
16
覚悟
Keazaman
Determination
17
地獄流し
Aliran Neraka
Hell Flow
18
満ちていく闇
Hitam yang Meluap-luap
Brimming Darkness
19
哀れな影
Bayang-bayang Sedih
Miserable Shadow
20
暗黒イリュージョン
Ilusi Gelap
Dark Illusion
21
地獄ロック
Batu Neraka
Hell Rock
22
地獄の川流れ
Dibawa Arus Neraka
Carried Away by Hell's Current
23
優しい気持ち
Perasaan Suci
Kind Feelings
24
かりぬい(フルバージョン)
Menjelujur (Versi Penuh)
Basting (Full Version)
Jigoku Shōjo Original Soundtrack II
No. Lagu
Judul Jepun
Judul Melayu
Judul Inggeris
1
逢魔が時
Senja
Dusk
2
依頼人
Pelanggan
Client
3
想い出
Koleksi Semula
Recollection
4
袋小路
Lorong Buta
Blind Alley
5
憎悪
Kebencian
Hatred
6
柴田走る
Pelarian Keluarga Shibata
The Shibatas Run
7
逡巡
Keraguan
Hesitation
8
幸せ
Kegembiraan
Happiness
9
狂い出した歯車
Gear-gear yang Mula Menjadi Gila
Gears that Began to go Mad
10
せつない思い
Buah Fikiran Menyakitkan
Painful Thoughts
11
地獄の仕事人
Pekerja Neraka
Worker of Hell
12
三藁熱血篇
Babak Tiga Straw Berdarah Panas
Three Straw Hotblooded Chapter
13
一目連
Ichimokuren
Ichimokuren
14
火車
Kereta Panas
Fiery Cart
15
骨女
Hone Onna
Hone Onna
16
満月
Bulan Penuh
Full Moon
17
廃屋
Rumah Terbiar
Abandoned House
18
地獄ワルツ
Tarian Neraka
Hell Waltz
19
六道郷
Enam Dunia Selepas Kematian
Six After-death Worlds
20
地獄少年
Pemuda Neraka
Hell Boy
21
刻まれる音
Bunyi Mengukir
Engraving Sound
22
火焔
Api
Flames
23
迷妄の果て
Penghujung Khayalan
Edge of Delusion
24
桜吹雪
Ribut Salji Naik Radang
Raging Snowstorm
25
地獄少女
Gadis Neraka
Hell Girl
26
さくらうた
Lagu Sakura
Sakura Song
Jigoku Shōjo Futakomori Original Soundtrack
No. Lagu
Judul Jepun
Judul Melayu
Judul Inggeris
1
迷い路
Arah Terpesong
Stray Path
2
深き淵より
Lebih Dalam daripada Jurang
Deeper than the Abyss
3
頚木
Leher Kayu-kayan
Neck Woods
4
あのころ
Pada Waktu Itu
Back Then
5
暗雲
Awam Gelap
Dark Clouds
6
人間模様
Ragam Manusia
Pattern of Humans
7
赤いマフラー
Mafela Komunis
Red Muffler
8
きくり降臨
Kedatangan Kikuri
Kikuri Advents
9
地獄の舟歌
Lagu Sampan Neraka
Hell's Boat Song
10
日常
Kehidupan Seharian
Daily Life
11
きくり
Kikuri
Kikuri
12
不良のテーマ
Tema Kenakalan
Delinquent's Theme
13
小さな幸せ
Sedikit Kebahagiaan
A Little Happiness
14
悲しい話
Kisah Sedih
Sad Story
15
企み
Rancangan
Plan
16
水面の月
Bulan di Permukaan Air
Moon on the Water's Surface
17
沼に沈む
Menyelam ke dalam Paya
To Sink into the Swamp
18
覚悟2006
Keazaman 2006
Determination 2006
19
二籠
Sangkar Kedua
Second Cage
20
地獄交響曲
Simfoni Neraka
Hell Symphony
21
地獄メタル
Besi Neraka
Hell Metal
22
彼岸花
Bakung Berumpun
Cluster Amaryllis
23
あいぞめ
Pewarna Indigo
Indigo Dye
Jigoku Shōjo Futakomori Original Soundtrack II
No. Lagu
Judul Jepun
Judul Melayu
Judul Inggeris
1
地獄絵図
Ilustrasi Neraka
Hell Illustration
2
刻迫る
Masanya Semakin Dekat
The Moment Approaches
3
女の性
Sifat Semula Jadi Wanita
The Nature of Women
4
藁人形のテーマ
Tema Patung Straw
Straw Doll's Theme
5
正義
Keadilan
Justice
6
きくりのウインナー
Pemenangnya Kikuri
Kikuri the Winner
7
夜の三藁
Tiga Straw di Malam Hari
Three Straw at Night
8
時雨
Hujan Musim Gugur
Autumn Rain
9
地獄の入り口
Pintu Masuk Neraka
Hell Entrance
10
悪魔の子
Anak Syaitan
Devil's Child
11
丘の住人
Penghuni Bukit
Hill Dweller
12
わが町ラブリーヒルズ
Pekan Kami, Lovely Hills
Our Town, Lovely Hills
13
裏切り
Pengkhianatan
Betrayal
14
戦慄
Menggeletar
Shiver
15
みずうみ
Tasik
Lake
16
異様
Keanehan
Strangeness
17
復讐の連鎖
Rantai Dendam
Chain of Vengeance
18
囚われた町
Pekan Tertangkap
The Captured Town
19
あい
Ai
Ai
20
集団心理
Mentaliti Kumpulan
Group Mentality
21
記憶
Memori
Memory
22
少女のうた
Lagu Perempuan
Girl's Song
23
あいぞめ (Piano version)
Pewarna Indigo (Versi Piano)
Indigo Dye (Piano version)
Manga
Siri anime Jigoku Shōjo telah diadaptasikan menjadi sebuah siri manga, yang telah menampilkan seni oleh Miyuki Etō (永遠 幸code: ja is deprecated , Etō Miyuki). Siri manganya disirikan dalam manga shōjoKodansha iaitu Nakayoshi sejak Oktober 2005. Meskipun ceritanya bersumber asal, bab 4 dan bab 10 didaptasikan daripada episod-episod dalam musim pertama, manakala bab 2 merupakan adaptasi daripada siri anime episod 9.
Di atas perbezaan media, modus operandi Enma Ai di dalam manga adalah agak berbeza berbanding siri anime. Di dalam manga, Enma Ai menjadi pelajar di dalam sekolah yang sama dengan pelanggan-pelanggannya yang merupakan murid sekolah. Selain itu, patung straw yang digunakan di dalam siri anime tidak digunakan di dalam beberapa bab pertama. Para pelanggan Enma Ai hanya perlu menerima kontrak yang dinyatakannya, dan hukuman yang setimpal akan berlangsung ke atas mangsa yang dipilih pelanggan tersebut. Dalam sesetengah kes, hukuman dijalankan selepas Enma Ai membunyikan gelangnya di hadapan mangsanya (yang tidak pernah dilihat di dalam siri anime). Penggunaan sampan yang digunakan Enma Ai juga kurang dipamerkan di dalam manganya.
Sentaro Shibata diperkenalkan dalam siri manga, namun Tsugumi dan Hajime tidak. Kikuri bagaimanapun, diperkenalkan daripada jilid 4 dan seterusnya.
Drama TV
Siri drama TVJigoku Shōjo mula disiarkan di Jepun menerusi saluran Nippon Television daripada 4 November, 2006 yang terdiri daripada 12 episod selama setengah jam. Pengarah siri ini ialah Makoto Naganuma. Tema lagu siri ini ialah Dream Catcher oleh Olivia Lufkin
Jigoku Shōjo juga telah diadaptasikan sebagai sebuah permainan video khas untuk Nintendo DS berjudul Jigoku Shōjo Akekazura, yang direka oleh Compile Heart dan dikeluarkan di Jepun pada 27 September, 2007.Complile Heart juga telah mereka versi PS2 permainan ini dan menamakannya "Jigoku Shoujo Mioyosuga" yang akan dikeluarkan pada 17 September, 2009.