Artikel ini ialah mengenai pangkat-OF9 "jeneral angkatan tentera" Rusia, tidak boleh dicampurkan dengan Jeneral Ketumbukan (Soviet). Untuk persamaan pangkat-OF9 dalam negara-negara yang bertutur bahasa Inggeris sila lihat Jeneral Tentera Darat.
Pada hari pelantikkan sebagai Menteri Pertahanan pada 7 Mei 1992, Pavel Grachev merupakan pegawai pertama yang dinaikkan ke pangkat ini.
Insignia pangkat
Sejak tahun 2013 insignia pangkat berbentuk satu bintang besar dan lambang tentera darat pada epaulet yang telah digunakan sehingga tahun 1997, seperti dalam Tentera Darat Soviet semenjak tahun 1974. Antara tahun 1997 dan 2013 insignia pangkat berbentuk 4 bintang sebaris pada epaulet, seperti dalam Soviet Union dari tahun 1943 hingga 1974.
Sehingga tahun 1997 para jeneral memakai Bintang Marsyal "kecil". Tetapi apabila tahun 1993 pangkat Ketua Marsyal pasukan cawangan dan Marsyal pasukan cawangan dalam Persekutuan Rusia telah dimansuhkan, tidak terdapat lagi alasan bagi insignia pangkat khas untuk para jeneral. Melalui Dekri Presiden pada 27 Januari 1997 golongan jeneral mendapat semula epaulet seperti tahun 1943 dengan 4 bintang sebaris.