Perairan di sekitar Tanjung Piai, Johor sering menjadi rumah bagi kapal dan orang asing yang melakukan kesalahan maritim terutamanya pemindahan minyak secara haram.
Kronologi Jenayah Maritim
- Pada 30 Disember 2009, jam 3.40 petang, sepasukan 5 anggota APMM telah mengesan dan menahan sebuah bot tunda, Cathay 15 (Singapura)bersama sebuah Ponton CSF 2303 disyaki cuba menyeludup 3,800 tan metrik pasir sungai bernilai RM100,000 ke Tuas, Singapura. Siasatan lanjut mendapati bot berkenaan gagal menunjukkan permit 4C untuk membawa batuan dan borang Kastam (K2) untuk mengeksport bahan berkenaan. Bot tunda serta ponton berkenaan sedang dalam perjalanan Pulau Carey ke Tuas dan permit yang dibawa adalah untuk mengeksport simen.).[1]
- Pada 11 Januari 2010, APMM berjaya menahan tiga buah kapal kerana disyaki melakukan pemindahan 350,000 liter minyak secara haram di kawasan Perairan Tanjung Piai. Tiga kapal tersebut adalah MV Eleftheria K (Panama), Neptank VII (Singapura) dan MT Sea Trader 8 (Basseterre, Saint Kitts and Nevis).[2]
- Pada 12 Februari 2010, jam 21.10 pagi, sebuah bot ronda APMM bersama-sama 5 orang anggota telah mengesan dua buah kapal iaitu MT Eastern Star dan MT Smart sedang berhimpit di kedudukan 2.5 batu nautika dari Tanjung Piai disyaki sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak. Kedua-dua kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen atau kebenaran bagi melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal. Kapal MT Eastern Star pernah ditahan pada 25 Januari yang lalu dengan kesalahan yang sama di Perairan Pengerang dan kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Laut Wilayah Selatan.[3]
- Pada 18 Februari 2010, jam 3.30 petang, sebuah bot laju PGM yang menjalankan operasi di perairan Tanjung Piai telah mengesan dan menahan sebuah bot laju yang disyaki sedang melakukan penyeludupan rokok kretek kira-kira 2.38 batu nautika di perairan tersebut. Sekumpulan lelaki yang berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan semasa membawa barangan seludup tersebutNilai rampasan rokok adalah RM36,713.25 manakala nilai rampasan keseluruhan termasuk nilai bot dan enjin ialah RM76,985.25.[4]
Rujukan