Jeanne Calment

Jeanne Calment
Calment ketika berusia 40 tahun (1915)
Kelahiran
Jeanne Louise Calment

(1875-02-21)21 Februari 1875
Arles, Perancis
Meninggal dunia4 Ogos 1997
(aged 122 tahun, 164 hari)
Arles, Perancis
WarganegaraPerancis
Terkenal kerana
  • Jangka hayat manusia yang paling lama disahkan - sejak 12 Mei 1990
  • Orang hidup tertua
    (11 Januari 1988
    – 4 Ogos 1997)
  • Individu tunggal yang disahkan yang hidup 120 tahun atau lebih
  • Orang pertama disahkan hidup 116 tahun atau lebih
Ketinggian1.50 m (4 ka 11 in)
PasanganFernand Calment
(k. 1896; m. 1942)
Anak-anak1

Jeanne Louise Calment (Perancis: [ʒan lwiz kalmɑ̃]; 21 Februari 1875 – 4 Ogos 1997)[1] merupakan supersentenaria Perancis yang menjadi manusia dengan pengesahan jangka hayat paling lama, hidup sehingga 122 tahun, 164 hari.[2] Beliau dilahirkan dan menetap di Arles sepanjang hayat beliau. Calment menjadi terkenal ketika berusia 113 tahun, apabila lawatan Vincent van Gogh membawa wartawan ke Arles. Jangka hayat beliau telah disahkan menerusi dokumen banci dan banyak kajian telah dilakukan mengenai kesihatan dan gaya hidup beliau.

Kehidupan awal

Sijil kelahiran Jeanne Louise Calment

Calment dilahirkan di Arles, Bouches-du-Rhone, Selatan Perancis pada 21 Februari 1875.[1] Bapa beliau, Nicolas Calment (28 Januari 1838 – 22 Januari 1931)[3], merupakan pembina kapal, manakala ibu beliau, Marguerite Gilles (20 Februari 1838 – 18 September 1924), dari keluarga pengilang. Beliau mempunyai seorang abang, François (25 April 1865 – 1 Disember 1962). François hidup sehingga 97 tahun, bapanya sehingga 93 tahun, dan ibunya sehingga 86 tahun.

Kematian

Ketika hari lahir beliau yang ke-122 tahun pada 21 Februari 1997, telah diumumkan bahawa Calment tidak akan membuat penampilan di khalayak umum lagi memandangkan tahap kesihatan beliau yang semakin merosot. Jean-Marie Robine, penulis bersama buku mengenai Jeanne Calment, berkata "benarkan beliau untuk meninggal dunia, memandangkan perhatian telah membuat beliau kekal hidup",[4] sementara New York Times melaporkan Robine berkata Calment berada dalam keadaan sihat, walaupun mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, sebulan sebelum kematian beliau. [1] Jeanne Calment meninggal dunia pada 4 Ogos 1997 kira-kira jam 10 pagi Central European Time[5] sebab yang tidak diketahui.[6] Menurut para penyelidik, rumah penjagaan menyerahkan mayat beliau dengan cepat dan dalam upacara penuh peribadi, yang kemudiannya dipandu oleh limousine melalui Arles, berhenti di rumahnya di rue Gambetta, dan sebelum ke tanah perkuburan, di mana doktornya meletakkan keranda beliau bersama-sama dengan gambar-gambar anak perempuan dan cucunya, mengikut kehendaknya.[7]

Rujukan

  1. ^ a b c Whitney, Craig R. (5 Ogos 1997). "Jeanne Calment, World's Elder, Dies at 122". New York Times. Dicapai pada 4 Ogos 2008.
  2. ^ The Guinness Book of Records, 1999 edition, p. 102, ISBN 0-85112-070-9.
  3. ^ Wilhelm, Peter. "Validation of Exceptional Longevity - Jeanne Calment: Validation of the Duration of Her Life". www.demogr.mpg.de. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  4. ^ Deller, Deborah. "Jeanne Calment : Obituary". ThisIsAnnouncements. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2012. Dicapai pada 16 Jun 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ France 2; August 4 1997
  6. ^ "World's oldest person dead". McCook Daily Gazette. Paris. 4 Ogos 1997. m/s. 1. Dicapai pada 5 Mei 2011.
  7. ^ Allard, Michel; Lebre, Victor; Robine, Jean-Marie; Calment, Jeanne (1998). Jeanne Calment: From Van Gogh's Time to Ours : 122 Extraordinary Years. New York: W.H. Freeman. m/s. 133–136. ISBN 0-7167-3251-3.

Bacaan tambahan

  • Robine, Jean-Marie; Allard, Michel (1999). Jeune, Bernard; Vaupel, James W. (penyunting). Jeanne Calment: Validation of the Duration of Her Life. Validation of Exceptional Longevity. Odense University Press. ISBN 87-7838-466-4.
  • Cavalié, France (1995). Jeanne Calment. L'Oubliée de Dieu [Jeanne Calment. The One Overlooked by God]. Grands témoins [Great Witnesses]. TF1 Éditions/Notre Temps, Paris.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!