Jambatan ini mempunyai panjang 25 meter dan lebar 1,5 meter dengan ketinggian dari permukaan sungai sekitar 10 meter, mula dicipta pada tahun 1890 dan baru dapat digunakan pada tahun 1916.[2] Dengan kata lain, proses merajut akar menjadi jambatan ini memerlukan masa lebih kurang 26 tahun. Kini, keadaannya semakin lama semakin kuat kerana semakin besarnya akar pohon beringin yang membentuknya.[3]