Sebuah jambatan runtuh di selatan bandar Karachi, Pakistan runtuh pada 1 September 2007 dan 6 orang terbunuh dan ramai cedera.
Dua buah kereta dan sebuah van polis terperangkap dihempap jambatan. Sebuah lori treler dan bas mini turut terperangkap.
Jambatan itu barus dirasmikan oleh Presiden Pakistan , Jeneral Pervez Musharraf pada bulan Jun 2007 lalu.
Mustafa Kamal selaku Datuk Bandar Karachi berkata, jentera berat terpaksa digunakan untuk mengangkat jambatan yang runtuh itu. Punca jambatan runtuh masih tidak jelas.
Shaukat Aziz selaku Perdana Menteri Pakistan mahu kualiti semua jambatan dipastikan selamat digunakan. [1]
Rujukan