Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau merupakan rangkaian jambatan dan terowong berukuran 55-kilometer (34 bt) yang terdiri daripada tiga batang jambatan kabel pancang, sebatang terowong bawah laut, dan empat buah pulau buatan. Ia merupakan lintasan laut yang terpanjang[7][8] di Bumi. Jambatan ini menjangkau saluran Lingding dan Jiuzhou, menghubungkan Hong Kong, Macau, dan Zhuhai—tiga bandar besar di Delta Sungai Mutiara.[9][10]
Jambatan Zhuhai direka untuk bertahan selama 120 tahun dan menelan belanja 126.9 bilion yuan (US$ 18.77 bilion).[11] Kos pembinaan Jambatan Utama dianggarkan pada kira-kira 51.1 bilion yuan (US$ 7.56 bilion), dibiayai oleh pinjaman dair bank dan dibahagikan sesama kerajaan-kerajaan Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau.[12]
Asalnya hendak dibuka kepada lalu lintas pada lewat tahun 2016,[13][14] strukturnya hanya siap pada 6 Februari 2018[15] kemudian wartawan diberi jelajah sepanjang jambatan.[16][17] Pada 24 Oktober 2018, Jambatan Zhuhai telah dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan sehari sebelumnya oleh Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping.[18]
^好消息!港珠澳大桥七一前正式通车_大粤网_腾讯网. gd.qq.com (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2018. Dicapai pada 8 Februari 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)