Sebuah jambatan Bailey memiliki kelebihan kerana pembinaannya tidak memerlukan peralatan khas atau pun berat. Bahagian-bahagian kayu dan besi bersaiz kecil dan ringan agar dapat diangkut menggunakkan lori dan kemudian dipasang dengan tangan tanpa penggunaan kren. Jambatan Bailey kukuh dan dapat menampung kereta kebal. Jambatan-jambatan Bailey masih kekal digunakan secara meluas dalam projek-projek pembinaan awam dan bagi menyediakan tempat laluan sementara buat pejalan kaki dan kenderaan.