Into the Woods mengadakan tayangan perdananya di Teater Ziegfeld, Bandar Raya New York pada Disember 8, 2014 dan ditayangkan di teater di Amerika Syarikat pada Disember 25, 2014.[4] Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial; ia menerima pujian untuk lakonannya dan mengutip $213 juta di seluruh dunia.[5]Into the Woods menerima tiga pencalonan Anugerah Akademi dan tiga pencalonan Anugerah Golden Globe.
Plot
Seorang pembuat roti dan isterinya tinggal di sebuah kampung dimana mereka semua inginkan sesuatu yang mereka tidak boleh mempunyai. Pembuat roti dan isterinya mahukan anak tetapi kemudiannya mendapati bahawa disebabkan satu sumpahan keluarga yang menyebabkan mereka tidak boleh mempunyai anak sehinggalah mereka mendapatkan pelbagai barang untuk ahli sihir yang menyumpah mereka.
Filem ini mengadakan tayangan perdana di Teater Ziegfeld, Bandar Raya New York pada Disember 8, 2014.[22] Ia ditayangkan di teater di Amerika Syarikat pada Disember 25, 2014.
Penerimaan
Box office
Into the Woods mengutip $128 juta di Amerika Utara dan $84.9 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $212.9 juta berbanding bajet sebanyak $50 juta.[2]
Respons kritikal
Into the Woods menerima ulasan positif daripada pengkritik. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan 71% pengkritik memberikan filem ini ulasan positif berdasarkan 186 ulasan dengan purata rating sebanyak 6.6/10.[23]Metacritic memberikan skor 69 daripada 100 berdasarkan 41 pengkritik.[24] Dalam undian yang dijalankan CinemaScore semasa hujung minggu pembukaan, penonton sinema memberikan Into the Woods purata gred "B" berdasarkan skala A+ ke F.[25]