Institut Berakan

Institut Berakan (IB) atau kini dikenali sebagai Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) diasaskan oleh 5 individu iaitu Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah, Ustaz Haji Rasyid Omar, Cikgu Safinah Jusoh dan Cikgu Raja Endun Raja Abdul Rahman [1] pada 20 September 1976. didaftarkan secara rasmi dengan Pejabat Pelajaran Terengganu pada 16 Januari 1977 dan mula beroperasi secara rasmi pada 4 April 1977.

Institut Berakan mula beroperasi di rumah beralamat 340 Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu. Rumah ini peninggalan Allahyarham Dato Khalid Mohammed bekas Pegawai Daerah Hulu Terengganu. IB menyewa rumah ini untuk dijadikan sekolah dengan bayaran sewaan RM 200.00 sebulan menerusi anaknya Hajah Norkiah Khalid di samping bangunan tambahan yang dibina sendiri dan sumbangan orang ramai.

Nama Berakan kepada institut ini bermakna berkawan, bersahabat dan bersain (loghat Terengganu) adalah cadangan daripada Cikgu Safinah Jusoh dan Moto IB, Berilmu Beriman Beramal diterima atas cadangan bersama Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah dan Cikgu Raja Endun Abdul Rahman. Sehinggalah tahun 2001, Institut Berakan bertukar nama kepada Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang beroperasi di Kampung Tok Jiring, Terengganu sekarang.

Pengenalan

Pada awal tahun 70an, pertumbuhan institusi-institusi pendidikan swasta begitu

lembab sekali. Tidak ada pihak yang berminat atau berhasrat untuk mengasas dan

menubuhkan institusi seperti ini adalah berkait rapat dengan faktor semasa.

Antaranya ialah peluang pekerjaan untuk lulusan universiti dalam dan luar negeri begitu tipis sekali kerana kerajaan pada masa itu tidak mampu mengatasi masalah kekurangan pekerjaan untuk lulusan universiti. Selain dari itu, kesedaran rakyat terhadap betapa pentingnya ilmu pendidikan khasnya yang berteraskan Islam, benar-benar telah menginsafkan banyak pihak. Dan sekaligus berusaha sedaya-upaya menubuhkan institusi -institusi pendidikan swasta. Berbanding dengan Negeri Kelantan Darul Naim, perkembangan institusi pendidikan swasta di negeri ini begitu pesat sekali pada waktu itu. Lebih dari 20 buah institusi pendidikan swasta telah beroperasi sedangkan di terengganu sekarang, jumlahnya baru mencapai 3 buah sahaja. Ini sudah tentu tidak seimbang dengan budaya dan tuntutan masyarakat terhadap pendidikan.

Latar Belakang Penubuhan dan Pengasasan

Hasrat untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan swasta di terengganu pada

pertengahan tahun 70an bukanlah inisiatif kosong yang tidak berperancangan. Komitmen

yang benar-benar lahir dari kesedaran telah membara untuk membina kegigihan dan kekuatan

bagi berdepan dengan pelbagai risiko apabila berjaya menubuhkan institusi pendidikan tersebut. Pada masa itu sudah wujud institusi pendidikan swasta yang popular dan berkembang pesat di Terengganu iaitu Maktab Adabi dan Grammar School. Disamping itu, kewujudan Yayasan Anda Akademik di Kuala Lumpur yang telah diasaskan oleh ABIM dengan memperkenalkan konsep pendidikan Islam, telah memberi inspirasi kepad penubuhan institut berakan. Pada waktu itu juga terdapat 2 buah lagi sekolah iaitu Institut An-nur di Kelantan dan Institut Sofa di Perak. Kejayaan institusi seperti ini, telah mendorong untuk orang lain turut serta menceburi bidang tersebut. Ia bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tetapi mendidik anak bangsa supaya maju, selaras dengan kehendak Islam. Sebenarnya cadangan dan hasrat untuk menubuhkan Institut Berakan pada waktu itu, hanyalah bermodalkan 'air liur' semata-mata. Siri-siri perbincngan dan beberapa penyelidikan dilakukan dari masa ke semasa dari tahun 1976 untuk mempastikan Institut Berakan yang ditubuhkan itu benar-benar mampu melahirkan pelajar yang soleh dan cemerlang dalam keputusan akademiknya.

Keazaman dan cita-cita yang meluap-luapuntuk melihat sebuah institusi pendidikan

swastaterbentuk dan berkhidmat kepada masyrakat, akhirnya menjadi kenyataan. Institut

Berakan mula beroperasi pada 20 September 1976 dan pendaftarannya diluluskan oleh

Pejabat Pendaftaran Negara pada 16 Januari 1977.

Antara tenaga penting yang menggerakkan usaha penubuhan Institut Berakan ialah

Ustaz Haji Abu Bakar Chik dan Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah. Ustaz Abu Bakar Abdullah

ketika itu masih belum lagi menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seorang lagi, Ustaz Haji Abdul Rashid Omar, pada masa itu menjadi tenaga pengajar di

Maktab Perguruan Adabi, Kelantan. Dua orang lagi tenaga penting Institut Berakan ialah

Cikgu Safinah Jusoh dan Cikgu Raja Hindun Raja Abdul Rahman. Kedua-duanya berkelulusan Institut Teknologi Mara (kini UiTM). Kelima-lima nama tersebut merupakan pelopor dan tonggak yang sekaligus menjadi tenaga- tenaga penting yang bertanggungjawab memaju dan mengembangkan Institut Berakan. Mereka telah bekerja keras mempastikan jatuh-bangunnya Institut Berakan bersama sahabat- sahabat yang lain.

Aliran Pengajian (Era Institut Berakan)

Pada peringkat awal penubuhan Institut Berakan, aliran pengajian yang dibuka

kepada masyarakat adalah meliputi; [1] Aliran Sastera [2] Aliran Sains [3] Aliran Arab

Kelas-kelas pengajian secara tersusun mula diwujudkan sejak tahun 1977 hinggalah tahun 1988. dalam tempoh ini, kelas-kelas mula disusun bagi menampung keperluan pelajar-pelajar yang semakin meningkat khasnya dalam tingkatan 3,4,5 dan 6. Mereka ini adalah pelajar- pelajar yang mengikuti aliran Sastera, Sains, dan Arab yang diwujudkan. Kelas-kelas di sebelah malam turut dibuka untuk menampung keperluan semasa bagi mambimbing calon-calon Sijil Tinggi Persekolahan(STP) yang tidak berpeluang meneruskan pengajian atas sebab-sebab kerjaya. Di samping itu juga, kelas-kelas malam ini turut juga dibuka untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 kerana mereka adalah calon bagi Sijil Rendah Pelajaran(SRP) DAN Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Dengan adanya kelas malam ini, pembelajaran ini menjadi bertambah tersusun dan para pelajar berjaya memperbaiki prestasi akademik masing-masing. Institut Berakan juga, begitu serius dalam memberikan penekanan yang penting terhadap pendidikan akhlak. Bagi memenuhi hasrat itu, subjek Prinsip Islam telah dimasukkan dalam jadual induk bagi tujuan mendidik dan membekalkan kesedaran dan kefahaman Islam yang syumul. Institut Berakan telah memberikan perhatian yang serius dalam usaha ini dan amat bertanggungjawab bagi mempastikan pembentukan insan berjaya dicernakan. Atas kesedaran 'vacuum' yang ada atas orientasi falsafah pendidikan sekular yang semakin menular, maka subjek Prinsip Islam dirasakan perlu untuk pelajar Institut Berakan memperbetulkan akhlak kepada yang lebih sempurna.

Aliran Arab Khas

Ahli Lembaga Pengarah Institut Berakan begitu prihatin terhadap usaha untuk terus

mengembangkan aliran pendidikan di institusi ini. Mereka tidak mudah berpuas dengan

kejayaan yang sedikit. Berbagai kelemahan dan kekurangan sentiasa difikirkan untuk diatasi

segera. Mereka tidak jemu-jemu berikhtiar mengembangkan potensi dan dimensi pendidikan

yang ada.

Pada tahun 1989, aliran Arab Khas telah dibuka. Langkah permulaannya dengan

menampung pelajar menengah rendah iaitu untuk tingkatan 1,2 dan 3 sahaja. Aliran ini telah mendapat sambutan dari para pelajar dan masyarakat secara amat positif. Ia bukan sahaja manarik minat pelajar di negari Trengganu tetapi mereka juga mereka yang berada di negeri- negeri lain Semenanjung.

Gerakan Pembangunan Institut Berakan dan Antarabangsa

Sekalipun Institut Berakan, pada awalnya berdiri dan wujud dengan stuktur fizikal

yang lemah, namun keazaman telah mengalahkan kesemua faktor tersebut. Di awal tahun

70an telah memperlihatkan dinamisme gerakan Islam dan pasang-surutnya perjuangannya.

Institut Berakan yang menjadi sebahagian dari mata rantai markas-markas gerakan Islam-

ABIM waktu itu, turut berperanan dan terpanggil untuk membela kebenaran dan menyatakan yang haq. Jihad di Palestin, pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan dan kemenangan Revolusi Islam Iran memberi rangsangan kuat denyutan perihatin dan rasa tanggungjawab secara kolektif. Pelbagai ceramah umum diselenggarakan di perkarangan Institut Berakan, yang bertujuan untuk mengajak umat Islam berjihad dan memeberikan pengorbanan dalam pelbagai bentuk untuk dihantar kepada Mujahidden di perbatasan disamping tidak lupa berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada mereka. Pada waktu itu, Institut Berakan telah menerima tetamu dari dalam dan luar negeri. Antaranya termasuklah Menteri Kewangan sekarang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah memberi ucapan dalam program anjuran institut. Tetamu dari pelbagai negara turut mengunjungi institut. Antaranya dari Lukhnow, Bangladesh, Yaman, Mesir, Burma, Republik Islam Iran dan Arab Saudi(Universiti Petroleum Dhahran). Syed Jaafar Khatami, Wakil Iran selepas revolusi dan Prof. Muhammad Al Wakeel dari Universiti Madinah, juga lain-lain tetamu telah sempat merakamkan ucapan terima kasih terhadap Komitmen Institut Berakan sekalipun berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Lawatan mereka adalah bertujuan untuk memanjangkan hubungan silaturrahim dan rasa ukhuwwah bagi menampilkan perasaan saling pesan-memesan di jalan kebenaran dan kesabaran. Hubungan seperti ini seringkali dicemburui dan diintai-intai oleh pihak yang tidak senang, sedangkan sikap pentadbir institut adalah terbuka, tiada kerahsiaan hinggalah ke hari ini. Sebenarnya proses 'alami, seperti mana yang didakwa oleh banyak pihak, sudahpun wujud di institut ini. Penyerapan roh dari harakah Islsm antarabangsa telahpun berlangsung waktu itu. Institut meneruskan perjuangan mereka di negara ini secara tidak rasmi. Malah tanpa disedari institut telah menjadi wadah pertemuan, perhimpunan dan medan ceramah membincangkan senario umat Islam semasa sama ada nasional mahupun antarabangsa.

Tarbiyyah

Aspek ini telah menjadi persoalan pokok yang dititikberatkan oleh pihak institut.

Istilah 'Tarbiyyah' yang hangat diperkatakan kini telahpun berjalan seusia dengan umur institut. Program yang terangkum dalam aspek tarbiyyah ini meliputi ceramah, tamrin, seminar, kursus, kelas fardhu' ain, ijtima dan lain-lain lagi. Diawal dekad 80an, pelbagai program tarbiyyah telah dijalankan bagi mewujudkan kesinambungan dari program-program tarbiyyah dekad 70an. Ketika itu,Latihan Angkatan Pendakwah-Pendakwah Islam Malaysia(LAPPIM) telah beroperasi dengan baik dan lancar. Ia telah menjadi wadah atau organisasi penting untuk para pelajar bergerak dan berbincang mengenai Islam, disamping kursus-kursus kepimpinan untuk Zon Timur terus diadakan dari masa ke semasa. Selepas itu muncul pula Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia(GAPIM). Beberapa program berupa kursus telah diadakan. Ia turut dijayakan dengan sumbangan- sumbangan tenaga dari para pelajar Universiti Malaya. Diperingkat negeri pula, Persatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) telah dihidupkan. Ia beroperasi di Institut Berakan. Kini, KEPITAR telah berubah namanya menjadi KEPIT manakala GAPIM berpindah pusat operasinya ke Universiti Islam Antarabangsa. Berbeza dengan sekolah-sekolah kerajaan, kemudahan-kemudahan untuk beriadah agak berkurangan. Malah tumpuan ko-kurikulumnya juga lebih berbentuk orientasi pengisian bagi membina insani yang mantap dan utuh. Ini bersesuaian dengan motto dengan institut ini iaitu "Berilmu, Beriman Dan Beramal". Program-program seperti tamrin, ceramah, seminar dan lawatan terus diadakan secara berterusan sebagai langkah untuk memupuk kesedaran dan membina daya intelek para pelajar. Program lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi juga didedahkan bagi memulihkan harapan dan keyakinan, seterusnya menimba pengalaman-pengalaman baru yang tersirat. Bentuk tarbiyyah demikian ternyata telah memberikan kesan dan pengertian yang mendalam kepada para pelajar. Dalam proses pemahaman Islam yang sebenar, program tarbiyyah seperti ini telah menunjukkan kesan yang amat positif sekali. Ia tidak mengandungi unsur-unsur ekstrim. Hanya penekanan terhadap soal amal makruf nahi mungkar, mengenal tasawur Islam secara bersepadu dan melaksanakan perintah Allah dengan sebaik-baiknya. Kesemuanya ini adalah berpaksikan kepada pandangan yang meletakkan pentafsiran baru tentang peranan dan tugas pelajar Muslim selaku anggota ummah. Perkembangan sejak kebelakangan ini, telah jelas menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dan kemerosotan kualiti pelajar dari 'kilang intelek' yakni sekolah mahupun institusi pengajian tinggi begitu ketara. Perseimbangan antara pencapaian prestasi akademik dan akhlak telah mewujudkan jurang yang besar dan begitu negatif sekali.

Kesopanan berpakaian, batas pergaulan, idealisme minda, hubungan antara guru dan

murid dan cara bermuamalah dalam masyarakat juga turut melibatkan gaya penghormatan

kepada ibu bapa secara tidak beradab. Ini berpunca dari dasar pendidikan liberal sekular dan pengaruh budaya negatif yang tidak terkawal. Untuk berdepan dengan arus dan aliran masyarakat pelajar yang runtuh moralnya, sistem pendidikan sudah tentu memerlukan kekuatandan ketahanan dalaman untuk menghadapi arus tersebut. Nilai luaran semata-mata sudah nyata tidak mampu untuk bertahan lama malah boleh meruntuhkan akhlak secara drastik. Sebab itulah Institut Berakan menjadikan subjek Prinsip Islam sebagai teras kekuatan untuk membina akhlak kepada para pelajar. Subjek ini telah diperkenalkan sejak pembukaannya dan kini penyampaiannya dibahagikan kepada empat iaitu Usuluddin, Syariah Sirah dan Tamadun Islam serta beberapa komponen lain yang akan diselang-selikan. Galakan akan diberikan kepada para pelajar dengan memberikan markah dalam mata pelajaran Prinsip Islam beserta sijil penghargaan dan hadiah. Sehingga ini, para pelajar yang mengikuti subjek ini, telah menunjukkan reaksi yang amat positif. Mereka benar-benar berminat dengan pendekatannya yang mungkin disebabkan latar belakang mereka yang 'kosong' sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang ada juga telah mendorongkan pihak institut menyalurkan kesedaran dan maklumat Islam secara yang lebih berkesan. Sebagai contoh, program tamrin telah diadakan untuk semua pelajar bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatn 6. Dalam program ini, sebanyak tiga dimensi cuba diberi penekanan iaitu; [1] Hubungan manusia dengan Khaliq. [2] Hubungan manusia sesama manusia. [3] Hubungan manusia dengan alam. Program tamrin ini juga turut memberikan gambaran sebenar berhubung dengan isu- isu semasa yang menyentuh maruah ummat Islam. Sekaligus melatih dan melahirkan masyarakat pelajar yang perihatin dengan permasalah ummah. Pembangunan akhlak secara khusus telah diperluaskan melalui program-program seperti kursus dan Seminar Akhlak. Penyertaan biasanya dibuka kepada umum termasuklah sekolah- sekolah kerajaan. Kerjasama juga turut diminta oleh pihak institut daripada Pejabat Pendidikan Negeri disamping penceramah-penceramah jemputan. Seminar seperti ini telah dimulakan sejak tahun 1987 dan masih berterusan hingga sekarang. Para pelajar institut juga turut dituntut mengadakan sembahyang berjemaah di masjid dan surau serta di asrama atau tempat kediaman masing-masing. Mereka juga dituntut menghafaz al-Quran terutamanya Juz Amma.

Pembudayaan Masyarakat

Institut Berakan merupakan institusi pendidikan yang pertama di Terengganu malah

di Malaysia yang me-WAJIB-kan para pelajar perempuannya menutup aurat secara

sempurna. Ketika itu, tidak ada lagi sekolah kerajaan mahupun swasta yang mengeluarkan arahan dan pekeliling sedemikian. Para pelajar perempuan dikehendaki memakai jilbab bulat. Waktu itu, budaya menutup aurat apatah lagi dengan jilbab bulat agak janggal sekali di negara ini malah ia dilihat lebih cenderung menjadi phobia 'dakwah'. Pada masa ini, di sekolah-sekolah kerajaan masih belum ada penguatkuasaan berpakaian menutup aurat. Kalau adapun, ianya pasti dibuat secara yang tidak seragam seperti yang dibuat oleh Institut Berakan. Berkat kegigihan berjuang dan mengembangkan institut sebagai sebuah 'kilang pendidik', pada pertengahan tahun 80an, hasilnya mulai kelihatan. Benih yang ditabur sebelum ini sudah hidup subur dan menunggu untuk dipetik hasilnya. Institut berjaya melahirkan petugas- petugas Islam. Yang ketara waktu itu ialah guru-guru TASKI. Maka ramailah lepasan institut yang menjadi tenaga penting TASKI untuk menyumbangkan khidmat mereka kepada anak- anak pra-sekolah. Pendidikan pra-sekolah ala-Islam mula berkemabang dan terus bertunas subur. Peringkat awal penubuhan TASKI Terengganu agak lembab sedikit. Bagaimanapun menerusi jalan yang dirintis dan menyedari akan pelbagai kelemahan yang ada, segala masalah dapat dikurangkan. Penyeragaman tugas, koordinasi jamaei', kelemahan sukatan pelajaran dan beberapa masalah lain cuba diselesaikan oleh institut. Kursus-kursus pengurusan awal selama beberapa tahun bagi tujuan mencapai tahap pendidikan pra-sekolah telah diadakan di institut yang melibatkan penyertaan dari seluruh daerah. Di akhir tahun 80an barulah kursus-kursus seperti ini diadakan di tempat-tempat lain. Apa yang paling jelas sumbangan Institut Berakan dalam menjayakan visi dan misi TASKI ialah dengan menyumbangkan sebahagian besar tenaga pengajar dari lulusan institut. Sekarang TASKI Terengganu sudah bertukar menjadi PASTI. Institut juga turut menyertai secaa aktif program seminar dan muzakarah Pendidikan Islam Se-Malaysia. Selepas ianya diadakan di Kelantan Darul Naim, pihak institut telah menganjurkannya pula buat kali pertamanya dalam tahun 1990. Inilah tanda betapa perihatin dan pekanya institut dalam menangani permasalahan pendidikan Islam di negara ini. Manakala ijtimak-ijtimak telah diadakan setiap tahun bagi menghimpunkan dan mempertemukan semula pelajar-pelajar lepasan institut sebelum ini. Majlis perbincangan turut diadakan bagi meningkatkan usaha dan inisiatif ahli-ahli untuk memajukan institut dan memajukan tahap ekonomi mereka. Melalui gesaan yang berterusan, minat dan kecenderungan ahli-ahli begitu jelas untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang perekonomian.

Sebenarnya, institut memang menggalakkan pelajarnya pandai berdikari sesuai

dengan perubahan dan cabaran semasa. Selain dari itu, institut juga menyahut cabaran media-

massa khasnya dalam bidang kawartanan. Bakat penulisan turut dicungkil dan diasah dari masa ke semasa di kalangan pelajar. Aspek penulisan secara benar dan tepat telah diberi penekanan yang serius. Ia bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan bukannya melakukan penganiayaan terhadap sesama manusia. Institut membimbing para pelajar berpersatuan melalui Persatuan Pelajar(Kasaba) dan bagi lepasan pelajar melalui Persatuan Bekas Pelajar (SISBAKTI).

Cabaran Institut Berakan 1991

Tahun 1991 telah memperlihatkan kegagalan pihak yang berkuasa terhadap Institut Berakan.

Usaha untuk mengambil tindakan yang tidak rasionalgagal dilakukan bagi memenuhi

tuntutan rakus politik mereka.Ini menyebabkan mereka terus berdendam untukmenghapuskan Institut Berakan yang telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. [1] OPERASI 12 JANUARI 1991 Operasi telah bermula pada jam 5.00 petang apabila sebuah bulldozer diarahkan untuk meruntuhkan bangunan tambbahan Institut Berakan. Bagaimanapun, usaha ini telah digagalkan oleh tindakan "berani mati" dari kalangan guru dan murid-murid yan telah merebahkan diri dan berbaring dihadapan bulldozer. [2] OPERASI MAC 1991 Operasi kedua telah berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa dengan meroboh bangunan tambahan yang ketika itu bangunan tersebut masih dalam struktur tiang sahaja dan ianya telah dimusnahkan hanya dalam masa 15 minit. [3] OPERASI 19 NOVEMBER 1991 Pada tarikh ini, operasi ketiga talah dijalankan dan ianya telah menjad operasi penamat untuk menghancurkan Institut Berakan. Gerakan ini telah dimulakan pada jam 4.00 pagi.Bagaimanapun kerja-kerja awal telahpun dijalankan padajam 2.00 pagi lagi.Beratus- ratus polis telah terlibat dalam peristiwa hitam ini dengan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar kawasan berkenaan Kuala Terengganu. Jentera-jentera kerajaan turut digunakan dalam operasi ini. Mereka menggunakan jabatan dan peralatan kerajaan untuk memusnahkan institut. Agensi kerajaan yang terlibat seperti Majlis Daerah,Majlis Perbandaran Pejabat Tanah Dan Galian,Tenaga Nasional,Telekom Malaysia Berhad,Jabatan Kerja Raya dan Pasukan Polis dan Tentera.

Kompleksiti Masalah 1991

Seperti yang diketahui sebelum ini, Institut Berakan telahpun menjalani pelbagai

dugaan dan cabarn sepanjang tempoh penubuhannya.Penubuhan institut dilakukan menurut

prosedur rasmi iaitu berdaftar dam mempunyai jawatankuasa. Sejarah awal penubuhan adalah bermula dari persetujuan meluluskan tapak institut oleh pihak berkuasa.Apabila PAS disingkir dari menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun 1978, kelulusan tapak untuk institut tekah ditarik balik oleh pihak kerajaan.Keputusan awal telah berubah dan ini menyulitkan pihak institut. Pada tahun 1990 telah berlangsungnya pilihanraya umum. Dalam pilihanraya ini,parti pemerintah telah banyak kehilangan kerusi parlimen mahupun dewan undangan negeri.Di Terengganu, Barisan Nasional telahkehilangan sebanyak 10 kerusi dewan undangan negeri dan 2 kerusi parlimen.Walaupun ia kehilangan 10 kerusi kesayangannya, namun rasa takut dan cemas, sentiasa menghantui mereka untuk berdepan dalam pilihanraya umum tiga atau dua tahun lagi. Akibat tekanan-tekanan politik terus diberikan kepada pembangkang. Kemuncaknya, tekanan politik yang bertiup tinggi itu terus meranapkan Institut Berakan yang tidak bersalah.Institut yang besar sumbangannya kepada masyarakat itu, dihapuskan tanpa sifat perikemanusiaan oleh pihak kerajaan. Analisa dari ketiga-tiga operasi menunjukkan kewibawaan dari kuasa politik telah mencemarkan birokrasi dan sebagaimana lazimnya,tekanan politik terus menewas dan menundukkan birokrasi.Tidak ada sebab-sebab lain, melainkan untuk memusnahkan pengaruh dan kewibawaan institut.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!