Insiden kehilangan enjin pesawat F-5E

Kehilangan enjin pesawat F-5E adalah sebuah peristiwa kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar.

Disedari hilang pada tahun 2007

Pada 19 Disember 2009, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis. Kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar. [1]

Siasatan TUDM

Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar.

Enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta.

Sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

Siasatan polis

Menurut Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md. Anvar, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan mencuri.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meminta bantuan polis menyiasat kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyenggaraan itu pada awal tahun 2009. Pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek membabitkan orang awam dan pegawai TUDM. 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan mengenal pasti empat suspek termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual.

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bernilai kira-kira RM50 juta, sudah selesai dan sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.[2]

Rujukan

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!