Walau bagaimanapun, satu lagi nama dicalonkan sebagai MB Selangor iaitu EXCO Belia dan Sukan Selangor merangkap ADUN Sungai TuaAmirudin Shari. Sultan Selangor membuat keputusan memilih Amirudin Shari sebagai Dato' Menteri Besar.
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-PKR mendakwa Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail bersifat berat sebelah dan mengaibkan Dr. Idris. Mereka mendakwa Presiden PKR telah menarik balik sokongan tersebut dan menyatakan sokongan terhadap Amirudin Shari. Dalam masa yang sama wujud dakwaan penyelewengan dana PTPTN untuk pelajar Kolej Vision. Seorang ahli otai reformis Abdul Razak Ismail mempersoalkan tiada pemimpin PKR yang mempertahankan Dr. Idris dan mempertikaikan penyelewengan tersebut tidak dibangkitkan ketika beliau dicalonkan dalam PRU-14 sebaliknya dibangkitkan ketika beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor. Dr. Idris kata beliau hanya Ahli Lembaga Amanah Kolej Vision dengan 35% pegangan saham tetapi tiada kepentingan di kolej tersebut[2].