Mohamed Idris bin Matsil ialah seorang ahli politik Malaysia dari Negeri Sembilan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jelebu-Jempol dari 1964 hingga 1969[1]. Di peringkat politik negeri, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Pilah pertama iaitu dari 1959 hingga 1964. Beliau menjadi semula ADUN Pilah pada 1969 hingga 1974 dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan[2].
Dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beliau telah dipilih mewakili kawasan Negeri Sembilan Selatan.
Rujukan