Ibrahim Din |
---|
|
Kelahiran | Ibrahim Faizal bin Din 1929 (1929)
|
---|
Meninggal dunia | 16 Jun 1996 (berumur 66–67)
|
---|
Sebab kematian | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
---|
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
---|
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
---|
Tahun aktif | 1964–1989 |
---|
Terkenal kerana | Siri filem Do Re Mi |
---|
Anak-anak | 4 |
---|
Saudara | Fazliyaton (adik) |
---|
Ibrahim Faizal Din atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Din (1929 – 16 Jun 1996)[1] merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P. Ramlee dan A. R. Tompel.
Kerjaya
Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P. Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon.
Kematian
Ibrahim Din meninggal dunia pada 16 Jun 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]
Filemografi
Filem
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
Catatan
|
1964
|
Mata Permata
|
Bomoh
|
TV1
|
Telefilem pertama dan terakhir, sebagai pelakon undangan
|
Rujukan
Pautan luar