Ibiza[1] (Catalan: Eivissacode: ca is deprecated [2][3][əjˈvisə]) merupakan sebuah kota yang terletak di Sepanyol yang terletak di Pulau Ibiza. Penduduknya berjumlah 44,414 orang pada tahun (2007). Dengan penduduk sebanyak itu, Ibiza adalah kota terpadat di pulau tersebut dan Illes Pitiüses (yang termasuk Ibiza dan Formentera).
Sebanyak 85,64 km² kawasan tempat rangkuman kota ini dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1999.[4]
Sejarah
Orang Phoenicia mendarat dan membuat petempatan di sebuah tanjung batu tinggi bernama Sa Caleta di sektiar 650 M.[5] Keseluruhan pulau ini diberi nama Ibossim atau Iboshim (Templat:Lang-phn, ʾybšm)[6] sempena dewa Bes yang dipuja dari mitologi Mesir.[7][8] Pulau ini kemudiannya dikenali kepada tamadun Rom sebagai Ebusus.
Kota dan seluruh tanah pulaunya ditawan tentera Islam pada 902 M di bawah nama Yabisah (Arab: يَابِسَة, rumi: Yābisahcode: ar is deprecated [9][10]) diabadikan dalam Kitab Rujar dikarang Al-Idrisi pada awal kurun ke-12.[11] Pentadbirannya disatukan dengan kota Daniyah dalam satu taifah dari 1010–1227.
Ibiza adalah tempat pelancongan musim panas terkenal bagi warga Eropah yang berkunjung ke kelab-kelab malam di sana selain Sant Antoni di belah barat sepulau menjadikan ia dijolok sebagai suatu "Kota Pesta Dunia".[16][17][18]
^Kuhbier, Heinrich; Alcover, Josep Antoni; Guerau d'Arellano Tur, Cristòfol, penyunting (1984). Biogeography and Ecology of the Pityusic Islands. Monographiae Biologicae, Volume 52. The Hague, The Netherlands: Dr. W. Junk (Kluwer). m/s. 1. ISBN978-90-6193-105-8.