Apabila ini benar, tindakan ini disebut linear. Jika ditunjukkan pada graf, garisannya akan menunjukkan ubahan langsung. Terdapat tanda negatif di sebelah kanan persamaan kerana daya pemulih sentiasa bertindak pada arah yang berlawanan dengan sesaran (contohnya, bila suatu spring diregang ke kiri, ia akan menarik balik ke kanan).
Hukum Hooke dinamakan bersempena ahli fizik British abad ke-17 Robert Hooke. Beliau pertama kali menyatakan hukum ini pada 1676 sebagai suatu anagrambahasa Latin,[1] yang jawapannya diterbitkan pada 1678 sebagai Ut tensio, sic vis, ertinya, "Sebagaimana pemanjangan, begitu juga daya".
Formula terbitan
Tegasan tegangan rod sekata
Sebatang rod dengan sebarang sifat keanjalan boleh disamakan dengan sebuah spring linear. Sebatang rod memiliki panjang L dan luas keratan rentas A. Tegasan tegangan yang dikenakan terhadap rod, σ adalah sama dengan modulus anjal, E didarab dengan terikan yang dialami, ε.
di mana E adalah malar dan ε ialah perubahan panjang rod, yakni hasil bahagi jarak tambahan rod yang terhasil akibat daya yang dikenakan, ΔL dengan panjang asal, L.
Memandangkan σ ialah hasil bahagi daya yang dikenakan dengan luas keratan rentas rod,
terikan yang dialami boleh dicari dengan formula terbitan di bawah: