Hukum Coulomb

Hukum Coulomb (Jawi: حكوم كولومب) dalam bidang elektrostatik ialah hukum yang menjelaskan daya tarikan di antara dua cas elektrik (q1 dan q2) yang diletakkan pada suatu jarak, r seperti pada rumus di bawah.[1]

Hukum ini menyatakan apabila terdapat dua (atau lebih) buah cas elektrik diletakkan pada suatu jarak, suatu daya akan terbentuk di antara kedua-dua cas (daya elektrostatik), yang berkadar terus dengan hasil darab cas-cas elektrik, dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara cas-cas.[2] Magnitud daya elektrostatik adalah bergantung kepada pemalar Coulomb, k (kira-kira 8.988×109 N⋅m2⋅C−2). Dalam hal ini, daya yang terbentuk dapat membuat kedua-dua cas saling menarik atau menolak antara satu sama lain, bergantung pada sifat setiap cas (positif atau negatif). Cas-cas yang bersifat sama akan saling tolak-menolak, sedangkan cas-cas yang bersifat berbeza akan saling tertarik.[3]

Hukum ini dinamakan sempena ahli fizik Perancis, Charles-Augustin de Coulomb yang menemui hukum persamaan ini pada 1785.

Rujukan

  1. ^ Putra, V. G. V. (2017). Pengantar Fisika Dasar (PDF). Sleman: CV. Mulia Jaya Publisher. m/s. 159. ISBN 978-602-72713-6-4.
  2. ^ Andrew Duffy, Electric charge and Coulomb's law, Physics lecture demonstrations at Boston University, PY106/Charge.html, 7-6-99, 13:49:00 28.06.1999.
  3. ^ R. Nave, Coulomb's Law: Like charges repel, unlike charges attract, HyperPhysics, electric/elefor.html, 23:10:07 28.06.2005.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!