Hujung atap, hujan atap, junjung atap, cucur atap, berungis, tutur atap, timur tasik, cina maki, rempah gunung atau da eng[3] (nama botani: Baeckea frutescens)[4][5]:3, 30[6] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Myrtaceae[7][8] yang terdapat di hutan tropika Asia Tenggara, New Guinea dan utara Australia.[9]
Pokok ini ditemukan tumbuh di puncak gunung, rabung kuarza dan pantai berpasir. Tidak banyak penerbitan mengenai manfaat pokok berungis.[10]
Nama cucur atap (Jawi: چوچور اتڤcode: ms is deprecated ) digunakan di Semenanjung Melayu.[6][7]:28 Nama tutur atap (Jawi: توتور اتڤcode: ms is deprecated ) digunakan di Pulau Bangka.[6]:386
Nama berungis (Jawi: بروڠيسcode: ms is deprecated ) digunakan di Sabah.[5]
Nama-nama setempat lain dalam rantau Nusantara antaranya:[11][12]
Pokoknya jenis renek yang tumbuh tinggi sehingga 6 m dan dengan diameter 11 cm.[1][7]:68 Kulit kayunya keras dan berwarna merah tua.[12]
Daun
Sehelai daunnya yang tunggal berbentuk tirus dan halus seperti jarum lurus dengan ukuran 0.55-1.5 sentimeter panjang dan 0.4-0.5 mm lebar.[14][7]:68 Daun-daunnya disusun saling bertentangan pada setiap ruas batang.
Daun-daun yang diramas mengeluarkan bau yang wangi seperti lavender kerana mengandungi minyak-minyak pati pinena, g-terpinena, p-sinmonena, limonena, linalol, dan sebagainya; ia juga mengandung zat glikosida yang berbau seperti damar. Fenol dan baekeol telah diasingkan dari tumbuhan ini.[12]
Hipatiumnya mengerucut songsang hingga menghentak panjang 1.5-2.2 mm, dan licin.[14]
Bunga dan buah
Pokok hujung atap berbunga di hujung batang pokok daun sepanjang tahun. Kuntum-kuntum bunganya kecil dengan kelopak bulat berwarna putih atau merah muda berukuran 3 mm dengan kelenjar minyak. Benang sari 7-13 jumlahnya, dan dikelompokkan dalam 1-3 hipatium. Tangkai sari panjangnya 0.3-0.8 mm. Putik bunga mempunyai kepala berbentuk bonggol melebar.[14]
Bunga dan daun-daun pokok hujung atap
Ranting berbunga
Buah pokok ditemui pada bulan Jun hingga bulan Oktober, Februari dan April. Sebiji buahnya berukuran 3 mm dengan warna hijau, merah atau perang.[1] Biji benihnya berukuran ± 5 mm dan berwarna perang, ia bercambah selepas 52-66 hari kemudian.[14]
Kegunaan
Kayu hujung atap digunakan untuk membuat pagar.[1] Disebutkan bahawa kayunya berwarna merah tua, luar biasa keras dan padat, berat, dan sangat tahan lama.[6]
Pokok hujung atap digemari menjadi bonsai kerana batang dan bunganya yang kecil.[15]:5
Dalam perubatan
Berungis digunakan dalam perubatan tradisi yang direkodkan menyembuhkan pelbagai keadaan kesihatan. Dalam pengubatan tradisional, baik di Malaysia mahupun Indonesia, air daunnya diminu untuk menyegarkan badan ibu yang baru sahaja melahirkan, melawas kencing dan menggalakkan pengguguran. Daun-daun hujung atap yang dilumat dan dicampur dengan air berkhasiat untuk menyembuhkan pegal-pegal, ia juga boleh dijadikan ubat yang digosok pada seluruh tubuh badan.[12]
Bunganya digunakan secara tradisional untuk merawat masalah nafsu makan.[16] Di Lembah Baliem pedalaman Papua Pergunungan, ia dijadikan ubat disapu untuk mengubat demam, sakit perut, dan menghalau nyamuk.[14] Bahan mentah dari tumbuhan ini secara farmakognosi dikenali sebagai Baeckea Folium (Daun Jungrahab) dan, setidaknya pada masa lalu, dimasukkan sebagai salah satu simplisia yang wajib tersedia dalam ubatan sedia jual farmasi.[17]
Ekstrak etanol hujung atap menunjukkan sifat sitotoksik melawan selleukemia. Tiga flavonoid yang ditemukan dari daun hujung atap, yakni BF-4, BF-5, dan BF-6 menunjukkan aktiviti sitosik yang kuat melawan sel leukemia. Hujung atap juga diketahui berpotensi membasmi Streptococcus mutans yang menyebabkan karies. Ekstrak hujung atap menunjukkan aktiviti anti-inhibisi yang kuat terhadap parasitmalaria (Plasmodium falciparum) namun tidak terhadap dengan babesial (Babesia gibsoni).[16]
Seduhan daun tumbuhan yang disebut jung rahab ini menunjukkan pengaruh yang berarti terhadap daur birahi, jumlah ketidakhamilan, jumlah anak, dan cacat fisik terhadap anak yang dilahirkan. Seduhan daun jung rahab secara oral pada dosis 45, 90, dan 180 mg/kg berat badan tidak menunjukkan pengaruh yang berarti terhadap daur berahi dan tidak mengakibatkan adanya cacat fisik pada anak yang dilahirkan. Seduhan daun jung rahap pada dosis 90 mg/kg b.b menunjukkan persentase ketidakhamilan paling besar (60%) dan pengurangan jumlah anak yang berarti.[18]
Semua ekstrak metanol ujung atap tidak menunjukkan aktivitas anti bakteri terhadap Escherichia coli, Morganella morgani, Serratia marcescens, Salmonella typhii, dan Listeria monocytogens. Namun, walaupun hujung atap tidak menunjukkan sifat antibakterial, sebatian p-cymene yang terkandung pada ujung atap diketahui bersifat anti-bakteria di mana sel normal tidak diganggu. Itu menandakan bahwa ujung atap baik sebagai obat dalam, karena obat dalam yang baik tidak mengganggu pertumbuhan sel normal.[19] Dikatakan pula, 50 persen sel leukemia mati d ekstrak metanol ujung atap ini. Sehingga, ekstrak metanol ujung atap mungkin bisa dikomersialkan sebagai anti-leukemia.[19]