Himpunan Hijau ialah gerakan alam sekitar Malaysia yang membantah terhadap Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), tapak pemproses nadir bumi yang beroperasi di Gebeng, Kuantan, Pahang yang ditubuhkan oleh syarikat Australia, Lynas.[1][2] Proses penapisan itu dituduh kerana melupuskan bertan sisa toksik dan radioaktif di kawasan setempat, alam sekitar dan kesihatan.[3] Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) kini dipimpin oleh Ahli Parlimen Bentong; Wong Tack.[4]
Kemudahan penapisan itu menjalankan pengeluaran pada 2013, menghasilkan 1,089 tan oksida nadir bumi pada suku pertama 2014, dengan sasaran 11,000 tan per annum.[5] Pada 2 September 2014, Lynas telah diberikan Lesen Peringkat Operasi Penuh (FOSL) selama dua tahun oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB).[2]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar