Hikayat Nabi Sulaiman

Hikayat Nabi Sulaiman, merupakan salah satu daripada kesusteraan bahasa Melayu yang ditulis dalam bentuk manuskrip. Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini.

Ia mengisahkan kisah Nabi Sulaiman a.s. anak Nabi Daud A.S. memang telah termasyhur ke seluruh dunia sebagai seorang raja besar dan seorang nabi atau pesuruh Tuhan. Menurut kisah­nya Nabi Sulaiman bukan sahaja menjadi raja bagi segala manusia bahkan juga memerintah jin, haiwan dan mergastua dia juga menguasai angin. Cerita Gua Intan Raja Suilai­man yang termasyur itu adalah sebagai merupakan peri kekayaan Nabi Sulaiman; Nabi Sulaiman menurut kisahnya sangatlah adil dan bijaksana serta dengan kelebihan dan mukjizatnya di kurnia Tuhan.

Suatu cerita yang termasyur juga berkenaan dengan kisah Nabi Suilaiman ialah cerita Puteri Balkis yang merajai Kerajaan Yaman pada zaman itu. Pada mula­nya Puteri Balkis enggan tunduk kapada Nabi Sulaiman, tetapi apabila telah di saksikannya kebesaran dan mukjizat Nabi Sulaiman itu barulah ia mengakui tunduk.

Hikayat Nabi Sulaiman ini merupakan salah satu kesusteraan yang dipengaruhi ugama Islam. Hikayat ini merupakan salah satu daripada hikayat-hikayat yang dimasukkan dalam Daftar Werndly bertarikh 1976.[1]

Rujukan


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!