Hidrogen fluorida

Hidrogen fluorida
Nama
Nama IUPAC
Hidrogen fluorida
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ECHA InfoCard 100.028.759
  • InChI=1S/FH/h1H
    Key: KRHYYFGTRYWZRS-UHFFFAOYAC
  • F
Sifat
HF
Jisim molar 20.01 g/mol
Rupa bentuk Gas atau pepejal tidak berwarna (bawah 19.5 °C)
Ketumpatan 19.5 °C (67.1 °F; 292.6 K)
Takat lebur −83.6 °C (−118.5 °F; 189.6 K)
Takat didih 19.5 °C (67.1 °F; 292.6 K)
Dapat terlarut campur
Bahaya
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 0: Tidak terbakar. Cth, airKesihatan kod 4: Pendedahan yang singkat mungkin menyebabkan kematian atau kecederaan sisa utama. Cth, gas VXKereaktifan kod 1: Biasanya stabil, tetapi boleh menjadi tidak stabil pada suhu dan tekanan yang tinggi. Cth, kalsiumBahaya khas (putih): tiada kod
0
4
1
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
1276 ppm (tikus, 1 jam)
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Hidrogen fluorida ialah satu sebatian kimia dengan formula HF. Gas tidak berwarna ini adalah sumber utama fluorin, biasanya didapati dalam bentuk akua sebagai asid hidrofluorik. Oleh itu, ia adalah pelopor kepada banyak sebatian penting termasuklah bahan-bahan dalam farmaseutikal dan polimer (contohnya, Teflon). HF digunakan secara meluas dalam industri petrokimia dan ialah satu komponen dalam pelbagai jenis asid super. Hidrogen fluorida mendidih di bawah suhu bilik sementara halida-halida hidrogen yang lain memeluwap pada suhu yang lebih rendah. Tidak seperti halida-halida hidrogen yang lain, HF adalah lebih ringan daripada udara dan membaur dengan agak pantas di dalam bahan poros.

Hidrogen fluorida adalah gas yang sangat berbahaya. Ia membentuk asid hidrofluorik yang menghakis dan menembus apabila bersentuhan dengan tisu badan. Gas ini juga boleh mengakibatkan kebutaan melalui penghancuran kornea dengan pantas.

Sintesis

Hidrogen fluorida dapat dihasilkan dengan melakukan tindak balas mineral fluorit (kalsium fluorida) dengan asid sulfurik pekat.

Selain itu, hidrogen fluorida dapat disintesis melalui tindak balas air dan gas fluorin, menghasilkan hidrogen fluorida dan gas oksigen. Namun, tindak balas ini merupakan tindak balas yang ganas.


Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!