Henri-Louis Bergson (Perancis: [bɛʁksɔn]; 18 Oktober 1859 – 4 Januari 1941) ialah seorang ahli falsafah Perancis-Yahudi yang berpengaruh dalam tradisi falsafah benua, terutamanya pada separuh pertama abad ke-20 hingga Perang Dunia Kedua.[6] Bergson terkenal dengan hujah yang menumpu kepada kepeintingan proses pengalaman dan intuisi serta-merta jauh melebihi rasionalisme abstrak dan sains untuk memahami perkara yang hakiki dalam hidup.
Bergson lahir di Rue Lamartine berdekatan Palais Garnier (the old Paris opera house) pada tahyn 1859. Ayahnya Michał Bergson, seorang pemain piano daripada keluarga usahawan Yahudi Poland Bereksohn yang tersohor[7]; nenek moyangnya, Temerl Bergson, seorang tokoh berpengaruh dalam kalangan masyarakat tersebut, terutamanaya dalam kalangan agamawan Yahudi Hasidi.[8][9] Malah, cakawari Szmul Jakubowicz Sonnenberg pula seorang pekerja bank dan protégé Raja Stanisław II Augustus[10][11] (1764-1795). Ibu Henri pula Katherine Levison, anak seorang doktor dari Yorkshire kacukan Yahudi Ireland dan Inggeris.
Keluarga beliau berada di London pada tahun-tahun awalnya fsebelum berpindah kembali Perancis dan menjadi seorang warga negara sana pada usia sembilan tahun.
Pendidikan
Bergson belajar di Lycée Fontanes (kini Lycée Condorcet sejak 1883) di Paris dari 1868 hingga 1878. Beliau sebelum ini pernah mendapat pendidikan lanjut agama Yahudi[12] sebelum pegangannya melemah ketika berusia antara 14 dan 16 tahun setelah melakukan pembelajarannya sendiri mengenai evolusi.[13]
Awal abad ke-20: Perang Dunia Pertama, kontroversi terhadap penemuan Albert Einstein
Bergson banyak menjelajah melakukan syarahan serata Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Pertama mula meletus. Bahkan, beliau merupakan antara tokoh penting dalam melakukan rundingan yang mendorong negara tersebut memasuki perang ini.
Pada musim tahun 1922 Albert Einstein menghadiri suatu pertemuan diadakan Persatuan Falsafah Perancis di mana beliau sempat mengulas suatu ucapan disampaikan Bergson.[15] Bergson mengulas balas dengan menerbitkan sebuah buku bertajuk "Durasi dan keserentakan: perihal teori Einstein" (Durée et simultanéité, a propos de la theorie d'Einstein)[16] - buku tersebut dikritik hebat kerana menampilkan maklumat fizik yang ditulis sebagai penyokong hujah-hujah Bergson yang bukan sahaja tidak lengkap malah jauh ketinggalan perkembangan semasa.[17]
Senja usia
Pada tahun-tahun terakhir masa hidupnya, pemikiran Bergson mula bergeser ke arah agama. Beliau memeluk agama Kristian mazhab Katolik Rom setelah beberapa lama menunda diri - beliau tidak ingin rasa serba salah seolah-olah mengkhianati bangsa Yahudinya sendiri, lagi-lagi apabila Perancis masih dalam pendudukan rejim Vichy sekutu Nazi, malah pemelukan agama Kristiannya turut dirahsiakan
Pada 3 Januari 1941, Bergson meninggal di Paris akibat menghidap bronkitis.[18] Beliau dikebumikan mengikut upacara Katolik di Cimetière de Garches, Hauts-de-Seine.
Pemikiran
Intuisi
Bergson percaya bahawa manusia harus dijelaskan secara asasnya dalam kerangka proses evolutif. Menurutnya, fungsi indera deria pada makhluk hidup sejak awal bukanlah untuk memberikan gambaran terhadap sekitarannya, namun lebih hanya untuk merangsang reaksi atau tindak balas terhadap rangsangan sebegini untuk mempertahankan diri dan meneruskan hidup. Mula-mula organ sensoris, kemudian sistem saraf pusat, lalu akal budi. Itu semua berkembang selama berabad-abad sebagai bagian dari mekanisme pertahanan hidup organisme yang selalu diperlengkapi dengan perilaku.
Beliau menhujah lanjut bahawa gambaran yang diberikan indera bukanlah gambar objektif dari persekitaran tetapi pesanan yang tercetuslah yang menyebabkan kita berperilaku secara tertentu. Pemahaman mengenai lingkungan tersendiri sama sekali tidak secermat apa yang digambarkan, malah dianggap sangat selektif, selalu pragmatis dan terarah pada kepentingan diri sendiri.
Karya-karya utama
Essai sur les données immédiates de la conscience (1889)
Matière et mémoire (1896)
L'Évolution créatrice (1907)
Les deux sources de la morale et de la religion (1932)
Rujukan
^John Ó Maoilearca, Beth Lord (eds.), The Continuum Companion to Continental Philosophy, Bloomsbury Academic, 2009, p. 204.
^Ford, Russell (2004), 'Immanence and Method: Bergson's Early Reading of Spinoza,'. The Southern Journal of Philosophy 42(2): 171–92. doi:10.1111/j.2041-6962.2004.tb00995.x
^Astesiano, Lionel: Joie et liberté chez Bergson et Spinoza. (Paris: CNRS Éditions, 2016)
^Gelber, Nathan Michael (1 Januari 2007). "Bergson". Encyclopaedia Judaica. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2015. Dicapai pada 7 December 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"Z ziemi polskiej do Nobla" [From the Polish lands to the Nobel Prize]. Wprost (dalam bahasa Polish). Warsaw: Agencja Wydawniczo-Reklamowa Wprost. 4 January 2008. Dicapai pada 10 May 2010. Polskie korzenie ma Henri Bergson, jeden z najwybitniejszych pisarzy, fizyk i filozof francuski żydowskiego pochodzenia. Jego ojcem był Michał Bergson z Warszawy, prawnuk Szmula Jakubowicza Sonnenberga, zwanego Zbytkowerem (1756–1801), żydowskiego kupca i bankiera. [Translation: Henri Bergson, one of the greatest French writers, physicists and philosophers of Jewish ancestry, had Polish roots. His father was Michael Bergson from Warsaw, the great-grandson of Szmul Jakubowicz Sonnenberg – known as Zbytkower – (1756–1801), a Jewish merchant and banker.]CS1 maint: unrecognized language (link)
^Henri Hude, Bergson, Paris, Editions Universitaires, 1990, 2 volumes, quoted by Anne Fagot-Largeau in her 21 December 2006 course at the College of France
^Canales J., The Physicist and the Philosopher: Einstein, Bergson and the Debate That Changed Our Understanding of Time, Princeton, Princeton Press, 2015.
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fagot-Largeau