Pada 2006, HAL telah memilih meriam M621 untuk digabungkan dengan turet Nexter THL 20, dan akan dioperasikan oleh sistem bidikan lekapan helmet.[2] HAL telah melengkapkan fasa pembangunan dan akan membuat ujian penerbangan ke atas helikopter pada Mac 2009, lewat tiga bulan dari tarikh asal pada Disember 2008.[3] Tiga prototaip akan dibina. Versi kedua akan dilengkapkan dengan persenjataan sebelum membuat ujian penerbangan. Prototaip ketiga akan diserahkan kepada Tentera Udara India untuk diuji oleh pengguna.[4]
HTR akan mengabungkan sejumlah ciri-ciri halimunan dan giar pendaratan yang boleh bertahan semasa terhempas bagi meningkatkan kebolehan ikhtiar hidup. HTR memiliki fiuslaj yang sempit, dengan dua stesyen bagi krew.
Kos pembangunan projek HTR ditambat pada Rs 376.67 kror disebabkan ia merupakan sebuah terbitan dari helikopter HAL Dhruv, yang mana telah digunakan oleh angkatan bersenjata. Dengan penerbangan sulung dirancang pada Mac 2009, HAL berharap HTR ini bersedia untuk mendapat pelepasan operasi awal pada Disember 2010. Ini bermakna, semakan semula garis masa mencadangkan helikopter HTR seberat 5.5-tan ini sepatutnya bersedia untuk memasuki perkhidmatan Tentera Udara India pada 2012-2013.[5]