Hari Radio (Rusia: День радио Den' Radio), Hari Komunikasi Pekerja (sebagaimana nama rasminya di Rusia) atau Hari Radio dan Televisyen (Ден на радиото и телевизията, seperti yang dikenali di Bulgaria) ialah perayaan bagi memperingati pembangunan radio di Rusia. Perayaan ini disambut pada setiap 7 Mei, yang mana pada tarikh tersebut tahun 1895 Alexander Popov telah berjaya menunjuk cara ciptaannya.
Hari Radio di Malaysia
Pada tahun 2009, sebuah pertubuhan untuk stesen radio kormesil di Malaysia, Commercial Radio Malaysia (CRM) telah memilih untuk melancarkan Hari Radio Malaysia pada 9 September untuk menandakan tarikh sekali dalam hidup dalam sejarah radio komersil[1].
Rujukan
Pautan luar