Alam Ghaib |
Imej:Tiada |
Hantu Bidai |
Alam: | Alam ghaib |
Berbentuk fizikal: | Ya |
Mampu berubah bentuk: | Ya |
Mampu menyerupai manusia: | Tidak |
Menghisap darah: | Tidak |
Dipelihara: | Tidak |
Bermasyarakat : | Tidak |
|
Gambaran |
Sejenis makhluk halus
yang hidup bebas.
|
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
Hantu bidai juga datang dari kerajaan langit yang ditadbir oleh Ayah Pin
Pengkelasan
Hantu bidai boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.
Matlamat
Hantu bidai dikatakan berkeliaran dikawasan berair dan akan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Ini kemungkinan bagi menjauhi kanak-kanak daripada pergi berenang tanpa pengawasan orang tua, kerana ditakuti akan lemas sekiranya mengalami kesukaran seperti kekejangan.
Nama lain
Sulur Bidar
Kelemahan
Azan yang kuat
Penelitian secara ilmiah
Hantu bidai ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak pergi berenang secara bersendirian. Ini disebabkan mandi tanpa pengawasan orang tua amat merbahaya kerana kanak-kanak tersebut mungkin akan berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam air. Dengan itu hantu bidai dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.
Pautan luar