Gulden Belanda [ˈɣʏldən; gul-dĕn] (Belanda: guldencode: nl is deprecated ; mata wang: ƒ atau fl.) adalah mata wang rasmi dipakai Belanda sejak abad ke-17 sehingga ia digantikan dengan euro pada tahun 2002. Gulden masih digunakan di Antillen Belanda, sebuah kawasan naungan Belanda, meski matawang ini berbeza fungsi dan nilainya daripada gulden Belanda lama. Pada 2004, gulden Suriname digantikan dengan dolar Suriname.
Nilai tukarnya yang pasti masih setara untuk kontrak lama dan untuk pertukaran mata wang euro di bank pusat Eropah ialah 2.20371 gulden Belanda (NLG) untuk setiap 1 euro (EUR), nilai yang berlawanan pula adalah EUR 0.453780 setiap NLG 1.
Sejarah
Nama gulden merupakan kata sifatbahasa Belanda Pertengahan yang bererti "emas",[1] dan nama ini menunjukkan bahawa duit logam ini terbuat dari emas asli. Simbol ƒ atau fl. untuk gulder Belanda berasal dari mata wang lama lainnya iaitu florin.
Antara 1999 dan 2002, gulden secara rasmi menjadi "subunit nasional" untuk matawang euro yang bakal diperkenalkan sambil gulden masih dipakai sementara wang-wang kertas dan kertas euro belum tersedia.
^J. Verdam, Middelnederlandsch Handwoordenboek, Den Haag 1932 (dicetak kembali 1994); ia kini dipadankan dengan gouden dalam bahasa Belanda moden namun kata sifat ini masih ada dalam bentuk-bentuk lama kata nama khas misalnya het Gulden Vlies ("Bulu Kencana")..