Kompleks asal, dengan keluasan pejabat 2 juta kaki persegi (190,000 meter persegi), adalah kumpulan bangunan Google kedua terbesar dari segi keluasan selepas bangunan 111 Eighth Avenue milik Google di New York City, yang dibeli oleh syarikat itu pada tahun 2010.
Empat bangunan inti, seluas 506,317 ka² (47,038 m²), dibangun untuk dan ditempati oleh SGI. Kemudian disewa oleh Google pada 2003.[1] Pada bulan Jun 2006, Google membeli harta tanah ini dari Silicon Graphics senilai $319 juta.[2]
Pada bulan September 2007, NASA menyatakan bahwa para pendiri Google telah mendapat kebenaran menggunakan Lapangan Terbang Moffett untuk Boeing 767 mereka dan dua Gulfstream V dengan membayar $1.3 juta dan membenarkan NASA menggunakan pesawat itu untuk kepentingan penyelidikan saintifik.
Dalam budaya popular
Googleplex dipaparkan dalam filem 2013 The Internship, dengan kampus Institut Teknologi Georgia sebagai pengganti, kerana Google tidak membenarkan penggambaran di kawasan kampus atas alasan privasi.[3] Ia juga menjadi inspirasi untuk ibu pejabat fiksyen Hooli dalam siri TV HBO Silicon Valley.[4]
Rujukan
^Olsen, Stefanie (2003-07-13). "Google's movin' on up". CNET News.com. CNET Networks, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 2007-01-04.