Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(September 2022)
Gong Li (Tulisan Cina Ringkas: 巩俐; Tulisan Cina Tradisional: 鞏俐; pinyin: Gǒng Lì; lahir di Shenyang, Liaoning, 31 Disember1965; umur 59 tahun) merupakan seorang pelakonfilem asal Republik Rakyat China yang lahir dari pasangan ekonomi dan guru. Gong Li merupakan anak bongsu dari lima beradik. Ia menukar status kewarganegaraan menjadi warganegara Singapura sejak November 2008.[2] Namanya mula dikenal dunia antarabangsa setelah dia bekerjasama dengan Zhang Yimou, sutradara terkemuka asal China. Lulus dari Beijing Central College of Drama pada tahun 1989, Gong pertama kalinya membintangi filem Zhang dalam Red Sorghum (1987), yang memperoleh penghargaan Golden Bear di Festival Filem Berlin.
Pada 28 Jun 2010, Ketua Penyunting Majalah Southern Entertainment di China mengungkapkan bahawa ia menerima maklumat daripada orang terdekat Gong yang menyatakan bahawa Gong Li dan Ooi Hoe Soeng telah bercerai.