Gerhana bulan

Pelbagai imej gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Fasa gerhana bulan

Gerhana bulan terwujud ketika bulan melalui sebagian daripada bayang-bayang bumi. Terjadinya gerhana bulan ini hanya bisa berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir terjajar. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 8 November 2022.[1]

Gerhana 2007

Pada 3 hingga 4 Mac 2007. Suatu gerhana bulan telah berlaku yang dikategorikan pada L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.

Gerhana bulan 3 Mac 2007 di Madrid
Fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007


Peristiwa gerhana bulan era moden yang telah terjadi dan akan datang

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Greg. "Total Lunar Eclipse of December 21, 2010". Outer Space Universe. Dicapai pada 20 Disember 2010.
  2. ^ "Total Lunar Eclipse: March 3, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-11. Dicapai pada 2008-02-20.
  3. ^ "Total Lunar Eclipse: August 28, 2007". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2008-02-20.
  4. ^ "Total Lunar Eclipse: February 20, 2008". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-18. Dicapai pada 2008-02-20.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!