Gereja St. Clare, Gorodkivka

Gereja St. Clare, Gorodkivka
Church of St. Clare, Horodkivka
Gereja St. Clare, Gorodkivka yang terletak di Ukraine Zhytomyr Oblast (country map)
Gereja St. Clare, Gorodkivka
Gereja St. Clare, Gorodkivka
Koordinat: 49°53′57.05″N 28°59′2.3″E / 49.8991806°N 28.983972°E / 49.8991806; 28.983972
LokasiGorodkivka, daerah Andrushivsky, rantau Zhytomyr
Negara Ukraine
MazhabKatolik Rumi
Seni bina
Gaya seni binaEklektik
Pecah tanah1910
Disiapkan1913


Gereja St. Clare, Gorodkivka ialah bangunan keagamaan Katolik Rumi dan monumen seni bina berkepentingan tempatan di kampung Gorodkivka (ejaan silihan Horodkivka), Andrushivka Raion, rantau Zhytomyr, Ukraina. Gorodkivka dipanggil Khalaimgorodok sebelum 1946.[1]

Gereja ini menghadap ke sebuah tasik kecil[1] di bahagian barat daya Gorodok, berhampiran jalan menuju ke Berdichev, di tebing rendah sungai Lebedivka.[2] Ia dibina dalam gaya eklektik dengan unsur seni bina Goth baru dan moden abad kedua puluh.[3]

Asal-usul

Penulis-pememoir Pol, Efstafy Ivanovsky, yang menulis di bawah nama Hellenius, dilahirkan di kampung itu pada 17 Januari 1813; beliau tinggal di kampung hampir sepanjang hayatnya dan merupakan penganut Katolik Rumi yang taat, kerap berziarah.[4] Ibunya Clara Ivanovsky meninggal dunia pada tahun 1859, dan beliau mewarisi estet di Halaimgorodok,[4] serta keinginan untuk membina sebuah gereja untuk menghormati St. Clare, santo penaung ibunya. Beliau, bagaimanapun, tidak dapat memperolehi kebenaran yang diperlukan daripada pihak berkuasa Rusia,[5] yang kejamnya menindas golongan bangsawan Pol sebagai tindak balas kepada pemberontakan bersenjata pada 1831 dan 1863.[4]

Efstafy Ivanovsky meninggal dunia pada 7 Julai 1903,[4] maka pewarisnya, dua penduduk kampung iaitu Anna, 54 tahun dan Romuald Zmigrodzky,[4] 60 tahun, yang tinggal untuk memenuhi hasrat terakhir Ivanovsky dan membina gereja.[6]

Sebuah gereja kecil batu telahpun dibina di kampung itu pada tahun 1818 oleh Michalovsky (Міхаловським), dengan kebenaran pihak berkuasa keuskupan. Di tapak gereja ini, antara 1910 dan 1913, Gereja St. Clare telah dibina oleh pembina Poland, bersama-sama dengan penduduk kampung dan kampung jiran Zherdeli, di bawah arahan pembina E. Yablonsky[2] dan teknologiman A. Khodak.[3]

Gereja ini dibina dalam gaya istana zaman pertengahan atau rumah manor[2] menggunakan batu dan bata[1] dan bumbungnya diperbuat daripada jubin merah Pol. Menara locengnya mempunyai tiga loceng, paling besar seberat 150 kg.[6] Pintu-pintunya besar dan tertempa[2] dan tingkap-tingkapnya dilapisi kaca berwarna, terdapat lukisan dinding, dan candelier hablur digantung di tengah-tengah tempat suci.[7] Akustiknya sangat baik.[2]

Sejarah

Pada tahun 1935 di bawah kerajaan komunis di Soviet Ukraina, kariah Khalaimgorod tidak lagi wujud[5] dan gereja tersebut digunakan sebagai rantaman kampung.[2] Mereka mengeluarkan loceng dari menara loceng, dan patung Ibu Tuhan di pintu masuk dirobohkan dari dasar dan dilemparkan ke dalam tasik. Persembahan amatur diadakan di gereja tersebut.[3]

Ketika Perang Dunia Kedua, selepas penubuhan kuasa penghunian Jerman di kampung tersebut, kehidupan keagamaan kariah telah dipulihkan di bawah Paderi Joseph Kozinsky[5] dan ibadat dijalankan dari 1943 hingga 1959. Walau bagaimanapun, pada tahun 1961, selepas kembalinya kuasa Soviet, bangunan tersebut dikembalikan menjadi kegunaan sekular sebagai ladang berantam[2] dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Wilayah Zhytomyr, serta organ dan lukisan dinding telah dimusnahkan.[5]

Pada tahun 1989, gerejanya telah dipindahkan kembali kepada komuniti Katolik Rumi Tarekat Karmil. Atas perbelanjaan masyarakat, bangunan tersebut telah dipulihkan, termasuk menara loceng, dan persekitaran telah ditanam dengan bunga. Gerejanya kini mempunyai beberapa irap tempatan, hapsikord antik dan peninggalan Paus Ioannes Paulus II,[5] dan merupakan gereja giat[2] di Dekanan Ruzhin Keuskupan Katolik Rumi Zhytomyr-Kyiv.[5]

Bangunan tersebut kini terkenal sebagai mercutanda[6] tempatan dan menjana minat sebagai tarikan pelancong.[7] Perayaan khas diadakan setiap tahun pada 11 Ogos.[2]

Galeri

Rujukan

  1. ^ a b c Rzhevsky, Sergei (24 September 2015). "Neo-Gothic Church of St. Clare in Horodkivka" [Gereja Goth Baharu St. Clare di Gorodkivka]. UkraineTrek.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Julai 2022.
  2. ^ a b c d e f g h i Natalka. "Костел святої Клари (с.Городківка, Житомирська обл.): карта, фото, опис" [Gereja St. Clare (Kampung Gorodkivka, wilayah Zhytomyr): Peta, gambar, penerangan]. Drymba (dalam bahasa Ukraina). Dicapai pada 19 Julai 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c Bilousov, Y. (2000). Київсько-Житомирська римсько-католицька єпархія: історичний нарис [Keuskupan Katolik Rumi Zhytomyr-Kyiv: Karangan Sejarah] (dalam bahasa Ukraina). Zhytomyr. m/s. 156–159.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b c d e Savitsky, Ivan (2016). "НОВА МАНДРІВКА ПО ЖИТТЄПИСУ ЄВСТАХІЯ ІВАНОВСЬКОГО" [PERJALANAN BAHARU MELALUI BIOGRAFI EUSTACHIY IVANOVSKY]. Волинь-Житомирщина: На пошану професора Володимира Олеговича Єршова [Rantau Zhytomyr-Volyn: Sebagai penghormatan kepada Profesor Volodymyr Olegovich Yershov] (PDF) (dalam bahasa Ukraina). m/s. 330–335.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b c d e f Malenkov, Roman (16 Mei 2016). "Городківка. Неймовірний храм" [Gorodkivka. Sebuah kuil yang luar biasa.]. Ukraina Incognita (dalam bahasa Ukraina). Dicapai pada 20 Julai 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b c "Костел Святой Клары, Городковка" [Gereja St. Claire]. IGotoWorld.com (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 20 Julai 2022.
  7. ^ a b "Костел Св. Клары, Городковка" [Gereja St. Clare, Gorodkivka]. IGotoWorld.com (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 20 Julai 2022.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!