Geografi Perancis

Koordinat: 46°00′N 2°00′E / 46.000°N 2.000°E / 46.000; 2.000

Kawasan Republik Perancis, ditunjuk pada skale geografi yang sama

Sementara Perancis Metropolitan terletak di Eropah Barat, Perancis juga mempunyai sebilangan wilayah di Amerika Utara, Caribbean, Amerika Selatan, bahagian selatan Lautan Hindi, Lautan Pasifik, dan Antartika.[1] Wilayah-wilayah ini mempunyai bentuk kerajaan yang berbeza-beza dari jabatan seberang laut hingga kolektiviti seberang laut.

Perancis Metropolitan meliputi 551,695 kilometer persegi (213,010 batu persegi) menjadikannya negara yang terbesar dari segi keluasan dalam Kesatuan Eropah, hanya sedikit lebih besar berbanding Sepanyol. Perancis memiliki pelbagai landskap, dari dataran pantai di utara dan barat hingga banjaran gunung Alps di tenggara, Massif Central (Pusat Puncak Gunung) di selatan tengah dan pergunungan Pyrene di bahagian barat dayanya. Pada ketinggian 4,807 meter (15,770 kaki) atas paras laut, puncak tertinggi di Eropah Barat, Mont Blanc, terletak di banjaran Alps pada sempadan antara Perancis dan Itali.[2] Perancis Metropolitan juga mempunyai sistem sungai menyeluruh seperti Sungai Loire, Garonne, Seine dan Rhône, yang memisahkan Massif Central daripada Alps dan mengalir ke laut Mediterranean di Camargue, titik terendah di Perancis (2 m / 6.5 kaki bawah paras laut).[2] Corsica terletak di luar pesisiran Mediterranean.

Gambar satelit Perancis metropolitan, Ogos 2002

Jumlah keluasan tanah Perancis, termasuk jabatan-jabatan dan wilayah-wilayah seberang lautnya (kecuali Tanah Adélie), ialah 674,843 kilometer persegi (260,558 batu persegi), iaitu 0.45% jumlah keluasan tanah Bumi. Namun begitu, Perancis memiliki zon ekonomi eksklusif kedua terbesar di dunia, meliputi 11,035,000 kilometer persegi (4,260,000 batu persegi), iaitu kira-kira 8% jumlah keluasan segala zon ekonomi eksklusif di dunia, mengekori Amerika Syarikat (11,351,000 km² / 4,383,000 batu persegi) dan mendahului Australia (8,232,000 km² / 3,178,000 batu persegi).[3]

Perancis Metropolitan terletak di antara selarian 41° dan 50° Utara, pada sisi barar Eropah dan maka itu, terletak dalam lingkungan zon sederhana utara. Bahagian utara dan barat laut mengalami iklim sederhana, namun, satu gabungan pengaruh maritim, latitud dan altitud menghasilkan kepelbagaian iklim di baahgian-bahagian lain dalam Perancis Metropolitan.[4] Bahagian tenggara didominasi iklim Mediterranean. Di barat, iklimnya ditakluki iklim lautan dengan curahan hujan yang banyak, musim sejuk yang ringan dan musim panas yang nyaman. Di pedalaman, iklimnya lebih cenderung kepada iklim benua dengan musim panas yang terik dan diselubungi ribut, musim sejuk yang lebih dingin dan kurangnya hujan. Iklim Alps dan kawasan pergunungan lain terutamanya beriklim Alps secara semulajadi dengan bilangan hari-hari yang mengalami suhu di bawah paras beku melebihi 150 setiap tahun dan liputan salji bertahan sehingga enam bulan.

Rujukan

  1. ^ Tuntutan kedaulatan di Antartika dikawal oleh Sistem Perjanjian Antartik
  2. ^ a b CIA (2006). "The World Factbook: Field Listing - Elevation extremes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-23. Dicapai pada 2006-12-14.
  3. ^ Menurut satu pengiraan berbeza yang disebut oleh Pusat Penyelidikan Pew, Zon Ekonomi Eksklusif Perancis adalah 10,084,201 kilometer persegi (3,893,532 batu persegi), masih di belakang Amerika Syarikat (12,174,629 km² / 4,700,651 batu persegi), dan masih di hadapan Australia (8,980,568 km² / 3,467,416 batu persegi) dan Rusia (7,566,673 km² / 2,921,508 batu persegi).
  4. ^ Kementerian Luar Negara Perancis (2005). "Discovering France: Geography". Dicapai pada 2006-12-29.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!