Gempa bumi Ecuador 2016

Pada tanggal 17 April 2016, gempa bumi sekuat 7.8 skala Richter menggoncang Ecuador pada pukul 18:58 ECT. Pusat gempa berada di 27 kilometer selatan bandar Muisne di Provinsi Esmeraldas dan 170 kilometer barat laut Quito, ibukota negara.[1] Gempa ini turut dirasakan di negara jiran seperti Colombia dan Peru. Amaran akan terjadinya tsunami sempat dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik untuk negara Colombia, Costa Rica, Ecuador, Panama, dan Peru.[2][3] Namun tsunami besar tidak berlaku.

Laporan menyebut sekurang-kurangnya 272 orang mati akibat gempa.[4] Bangunan di daerah terdampak gempa dilaporkan rosak teruk.[5][6] Sepanjang sejarah Ecuador, gempa bumi ini merupakan yang terbesar selepas gempa bumi Tumaco 1979[6] dan yang paling mematikan selepas gempa sekuat 7.1 SR pada tahun 1987.[7]

Kerosakan

Sebuah jalan layang di Guayaquil runtuh akibat gempa.

Kerosakan tercatat berlaku di wilayah sekitar gempa. Di Guayaquil, sebuah jalan layang runtuh menimpa seorang pemandu kereta sehingga meninggal dunia.[8] Gempa juga menghentikan aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa José Joaquín de Olmedo di bandar yang sama.[9] Sementara di Manta, bandar udara setempat ditutup seiring kerosakan di beberapa bahagian.[9][10] Di Quito, dilaporkan enam rumah runtuh. Aliran elektrik juga mati keseluruhan di wilayah tersebut.[11]

Kesan

Status keadaan darurat dikuatkuasakan di Ecuador.[12] Pihak setempat mengarahkan 10,000 pasukan tentera/ketenteraan dan 3,500 polis untuk membantu evakuasi selepas gempa.[6] Gempa juga membuat Presiden Ecuador Rafael Correa memotong lawatan kerjanya dari Itali.[8]

Rujukan

  1. ^ "USGS Earthquake Report".
  2. ^ Chris Woodyard and Steph Solis (April 16, 2016). "77 killed, hundreds injured in Ecuador's 7.8 earthquake". USA Today. Dicapai pada April 16, 2016.
  3. ^ "Tsunami warning for Ecuador & Colombia coasts following 7.8 quake". RT. 2016-04-16. Dicapai pada 2016-04-16.
  4. ^ "Ecuador earthquake: Death toll jumps to 246; more than 2,500 injured".
  5. ^ Helsel, Phil (16 April 2016). "7.8-Magnitude Earthquake Hits Near Ecuador's Coast, 28 Dead". NBC News.
  6. ^ a b c Phil Helsel, Andrew Rudansky, and Gemma Dicasimirro (April 16, 2016). "77 Dead After 7.8-Magnitude Earthquake Hits Near Ecuador's Coast". NBC News. Reuters. Dicapai pada April 16, 2016.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Karimi, Faith; Almasy, Steve. "Ecuador earthquake: 77 killed, hundreds injured". CNN. Dicapai pada 17 April 2016.
  8. ^ a b "Ecuador earthquake of 7.8 magnitude kills dozens". BBC News. April 16, 2016. Dicapai pada April 16, 2016.
  9. ^ a b "7.8-magnitude earthquake kills dozens in Ecuador". CBS News. Associated Press. April 16, 2016. Dicapai pada April 16, 2016.
  10. ^ "7.8 magnitude earthquake hits near Ecuador, according to USGS". Associated Press. April 16, 2016. Dicapai pada April 16, 2016.
  11. ^ "Massive Ecuador earthquake kills at least 41". New York Post. Associated Press. April 16, 2016. Dicapai pada April 16, 2016.
  12. ^ "'Considerable damage' in Ecuador following deadly 7.8 quake". Russia Today.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!