Pada 11 Jun 2012, dua gempa bumi melanda utara Afghanistan, menyebabkan tanah runtuh besar. Setakat 13 Jun, hanya dua jasad berjaya dikeluarkan dan 69 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan dengan peluang terselamat dinyatakan "sangat tipis",[2] dan kemudian disahkan maut.[3]
Gempa bumi
Gempa bumi pertama terjadi pada 9:32 am waktu tempatan (05:02 UTC), dengan bacaaan magnitud 5.4 pada kedalaman 15 kilometer (9.3 bt). Gempa bumi kedua melanda 25 minit kemudian, berukuran 5.7 magnitud.[2] Pusat gempa kedua-dua gegaran terletak kira-kira 160 kilometer (99 bt) barat daya Faizabad.[2] Gempa bumi ini dapat dirasa 170 km (110 bt) jauhnya di ibu negara, Kabul.[4]
Kemusnahan
Gempa bumi ini menyebabkan bahagian besar gunung di kawasan Hindu Kush pecah. Diramalkan satu hektar tanah ditimbus sehingga 100 meter (330 ka) tanah runtuh di daerah Burka di wilayah Baghlan.[2][5] Kampung Sayi Hazara merupakan yang terterus, tertanam di bawah 30 hingga 100 meter tanah dan batu.[2][5]
Rujukan
Pautan luar