Gangsterock Kasi Sengat |
---|
Pengarah | Soffi Jikan |
---|
Penulis | Soffi Jikan |
---|
Lakon layar | Soffi Jikan |
---|
Dihasilkan oleh | |
---|
Dibintangi | |
---|
Syarikat penerbitan | YKS Film Maker |
---|
Tarikh tayangan |
- 17 Julai 2015 (2015-07-17) (Malaysia)
|
---|
Masa tayangan | 93 minit |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Gangsterock Kasi Sengat merupakan sebuah filem aksi komedi muzikal Malaysia 2015 arahan sulung pelakon Soffi Jikan yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan penulis skrip. Filem ini ditayangkan pada 17 Julai 2015.[1]
Sinopsis
Shake (Soffi Jikan), seorang pemuzik rock yang ingin menyatukan semua Rockers di Kuala Lumpur untuk mengatasi cabaran daripada gangster yang menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan tentangan daripada rockers. Shake mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo (Saiful Apek) yang mahu membantunya. Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar. Mampukah Rockers bersatu?
Pelakon
Penampilan khas
Penerbitan
Gangsterock Kasi Sengat diarahkan oleh Soffi Jikan di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Beliau turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Serina Redzuawan dan penulis lakon layar. Yusof Kelana bertindak sebagai penerbit.
Keluaran dan sambutan
Gangsterock Kasi Sengat dikeluarkan pada 17 Julai 2015, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Rujukan
Pautan luar