Gallipoli

Imej satelit semenanjung Gallipoli dan kawasan sekitarnya.

Semenanjung Gelibolu (Turki: Gelibolu Yarımadası, ejaan Uthmaniyah: گلیبولو یارماطسی‎) atau dikenali dengan nama Baratnya Gallipoli (dari kata Yunani Καλλίπολις Kallipolis "kota indah") terletak Turki sebelah Eropah, berhampiran Laut Aegea di barat dan selat Canakkale/Dardanelles di timur.

Sejarah

Zaman purba, Byzantium dan perang salib

Kallipolis (Yunani), atau Callipolis dalam bahasa Latin, ialah sebuah kota di timur Chersonese Thracica (kini Semenaanjung Gallipoli), di pintu masuk ke selat Dardanelles. Maharaja Justinianus II mengubukan kota ini dan lalu menubuhkan tiga buah gudang tentera terpenting untuk menyimpan bijian dan wain.[perlu rujukan] Pada tahun 1304, Kallipolis ditawan oleh sekumpulan askar upahan berbangsa Catalonia yang dikenali sebagai Syarikat Catalan, yang ketika itu baru memberontak terhadap pelanggan Byzantine mereka. Pada 1307, Syarikat tersebut khuatir pihak Byzantine menyerang balas lalu meranapkan kota Kallipolis dan berundur ke kawasan berhampiran kota Cassandria, sekaligus membiarkan kota Kallipolis musnah.[perlu rujukan]

Zaman Uthmaniyyah

Setelah berlakunya gempa bumi pada tahun 1354, kota Kallipolis semakin kosong, tetapi diduduki semula oleh kaum Turki dari Anatolia di sebelah Asia, menjadi Gallipoli tawanan Uthmaniyah pertama di Eropah, dan juga landasan perluasan empayar mereka ke seluruh Balkan.[1]

Semenanjung Gallipoli yang diduduki Empayar Byzantine lambat-laun ditakluki Empayar Uthmaniyyah dari abad ke-13 hingga ke-15. Bangsa Yunani yang menetap di sana dibenarkan meneruskan kehidupan seharian. Gallipoli (Turki: Gelibolu) yang diduduki 30,000 orang yang terdiri daripada bangsa Yunani, Turki, Armenia dan Yahudi, dijadikan bandar utama daerah Kaymakamlik di wilayah Adrianople.

Ketika Perang Krimea, Gallipoli dijadikan khemah tentera British dan Perancis pada tahun 1854, sementara pelabuhannya turut dijadikan hentian dalam perjalanan ke Constantinople.[2][3]

Perang Dunia I

Gallipoli sekali lagi mengalami peperangan di Perang Dunia Pertama apabila sekutu-sekutu Empayar British cuba mencapai sekutunya di timur yang mengalami kekacauan, iaitu Empayar Rusia, dengan cuba mencari laluan ke timur. Pihak Uthmaniyah mendirikan pengubuan sepanjang semenanjung dengan bantuan Empayar Jerman.

Pada tahun 1920, setelah tersungkurnya Tentera Putih Rusia pimpinan Jeneral Pyotr Wrangel, ramai sekali askar-askarnya dan sanak-saudara mereka yang melarikan diri Gallipoli dari Crimea. Dari situ ramai yang berhijrah ke negara-negara Eropah sebagai tempat perlindungan, seperti Yugoslavia. Sebuah tugu batu pernah didirikan di sana bersama sebuah "salib Gallipoli" untuk memperingati askar-askar yang menetap di Gallipoli. Tugu tersebut musnah dalam sebuah gempa bumi, tetapi pembinaan semula tugu itu dimulakan pada Januari 2008 dengan izin kerajaan Turki.

Lihat juga

  1. ^ Crowley, Roger. 1453: The Holy War for Constantinople and the Clash of Islam and the West. New York: Hyperion, 2005. p 31 ISBN 1-4013-0850-3.
  2. ^ Crimea Diarkibkan 2006-02-22 di Wayback Machine.
  3. ^ Crimea, Victorian Web.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!