Galaktosa dengan singkatan Gal merupakan sejenis gula monosakarida yang lebih kurang semanisglukosa, dam anggaran 65% semanis sukrosa.[2] It merupakan aldoheksosa dan epimer C-4 glukosa.[3] Satu molekul galaktosa bergabung dengan satu molekul glukosa membentuk satu molekul laktosa.
Galaktan adalah bentuk polimer galaktosa yang dijumpai di hemiselulosa yang merupakan sejenis polimer karbohidrat semulajadi.[4]
D-Galaktosa juga dikenali sebagai gula otak kerana ia adalah salah satu komponen kepada glikoprotein (sebatian oligosakarida-protein) yang dijumpai di tisu saraf.[5]
Etimologi
Perkataan "galaktosa" ialah padanan saintifik dalam bahasa Melayu bagi perkataan "galactose" dalam bahasa Inggeris. "Galactose" pula merupakan istilah yang digubah oleh Charles Weissman[6] pada pertengahan abad ke-19 dan merupakan terbitan dari perkataan Yunani galaktos (bermaksud "dari susu") dan bergabung dengan imbuhan akhir kimia untuk gula dalam bahasa Inggeris yakni -ose.[7] Etimologi perkataan ini juga setara dengan etimologi bagi perkataan "laktosa" kerana kedua-duanya mempunyai bentuk dasar yang bermaksud "gula susu". Laktosa ialah disakarida kepada gabungan galaktosa dan glukosa.
Structur dan isomerisme
Galaktosa wujud dalam bentuk rantaian terbuka dan juga bentuk siklik. Bentuk rantaian terbuka mempunyai satu hujung karbonil.
Empat isomer berbentuk siklik dengan dua darinya membentuk cincin piranosa (enam karbon), manakala dua yang lain membentuk cincin furanosa (lima karbon). Galaktofuranosa wujud dalam bakteria, fungi dan protozoa,[8][9] dan dikenalpasti oleh lektin imun kordata andaian yakni intelektin melalui kewujudan eksosiklik 1,2-diol. Dalam bentuk siklik terdapat dua anomer, yang dinamakan sebagai alfa dan beta, disebabkan peralihan dari bentuk rantaian terbuka kepada bentuk siklik melibatkan pembentukan pusat stereo baharu pada struktur karbonil terbuka.[10]
Spektrum inframerah galaktosa menunjukkan ketebalan yang kuat dan tebal dari julat angka gelombang lebih kurang antara 2500 cm−1 ke 3700 cm−1.[11]
Spektrum resonans magnet nukleus proton galaktosa menyertakan puncak-puncak pada 4.7 ppm (D2O), 4.15 ppm (–CH2OH), 3.75, 3.61, 3.48 and 3.20 ppm (–CH2 of ring), 2.79–1.90 ppm (–OH).[11]