Gabungan Tecumseh merupakan sebuah konfederasi orang asli Amerika Utara yang bertumpu di kawasan Tasik-Tasik Besar Amerika Syarikat yang mula terbentuk pada awal abad ke-19 berdasarkan ajaran Tenskwatawa[1]:211 serta dipimpin abangnya Tecumseh. Puak-puak yang bergabung ini bersama menentang pendatang kulit Putih yang merentasi Pergunungan Appalachia serta mencerobohi tanah mereka.
Gabungan puak-puak ini berpecah setelah gugurnya Tecumseh dalam Pertempuran Moraviantown pada tahun 1813.
Rujukan