Gabungan Nordik di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di Pusat Lompat Ski Nasional dan Pusat Ski Rentas Desa Nasional dari 9 hingga 17 Februari 2022.[1]
Pengenalan
Gabungan Nordik merupakan sukan musim sejuk yang menggabungkan ski merentas desa dan lompat ski. Pertandingan bermula dengan satu pertandingan lompat ski dari bukit biasa atau besar. Kemudian pada hari yang sama, perlumbaan merentas desa sejauh 10 km (6.21 mi) akan berlangsung. Pemenang lompat ski akan bermula pada 00:00:00 dan masa atlet lain pula akan ditambah mengikut skor lompatan mereka. Atlet pertama yang sampai ke garisan penamat akan digelar pemenang.
Acara biatlon pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1960. Kategori perempuan pula pertama kali diwujudkan pada edisi 1992. Acara berpasukan merupakan acara yang baru diwujudkan pada Sochi 2014.
Norway merupakan negara yang paling berjaya dalam sukan ini dengan 31 pingat (termasuk 13 emas), diikuti dengan Finland (14 pingat, 4 emas) dan Jerman (14 pingat, 5 emas). Sehingga kini, Felix Gottwald (Austria) merupakan atlet yang paling berjaya dalam sukan ini, dengan memenangi 7 pingat (3 emas), namun rekod beliau bakat dicabar oleh Eric Frenzel dari Jerman (dengan 6 pingat) sekiranya beliau berjaya merangkul emas dalam Beijing 2022.[2]
Takwim
Masa mengikut (UTC+8).
Tarikh |
Masa |
Acara
|
9 Februari |
16:00 |
Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - lompat ski
|
19:00 |
Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - ski rentas desa
|
15 Februari |
16:00 |
Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - lompat ski
|
19:00 |
Individu lelaki (bukit besar/10 km) - ski rentas desa
|
17 Februari |
16:00 |
Pasukan lelaki (bukit besar/4 x 5 km berganti-ganti) - lompat ski
|
19:00 |
Pasukan lelaki (bukit besar/4 x 5 km berganti-ganti) - ski rentas desa
|
Keputusan
Jadual pingat
Pemenang
Rujukan
Pautan luar