Frigat Jenis 054

Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:*Limbungan Hudong-Zhonghua
Pengguna:Bendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Sebelumnya:Frigat Jenis 053H3
Selepasnya:Frigat Jenis 054A
Jumlah disiapkan:2
Jumlah aktif:*Ma'anshan
  • Wenzhou
  • Ciri-ciri umum
    Jenis: Frigat
    Sesaran: 4,300 tan (muatan penuh)
    Panjang: 134 m (440 ka)(CCTV)
    Lunas: 16 m (52 ka) (CCTV)
    Jana kuasa: CODAD 4 x SEMT Pielstick 16 PA6 STC diesel, 5700 kW (7600+ hp @ 1084 rpm) setiap satu
    Halaju: 27 kn anggr.
    Jarak: 8025 batu nautika (anggr.)
    Sistem penderia dan
    pemprosesan:
    Peperangan elektronik
    & pengumpan:
    Persenjataan:
    Pesawat yang dibawa: 1 Kamov Ka-28 'Helix' atau Harbin Z-9C
    Kemudahan penerbangan: hangar

    Frigat Jenis 054 (nama pengenalan NATO Jiangkai I) adalah sebuah frigat buatan Republik Rakyat China. Ia mula dibina pada akhir tahun 2002. Kapal pertama dalam kelasnya adalah No. 525 Ma'anshan. Frigat Jenis 054 kini telah digantikan dengan frigat yang lebih berupaya iaitu frigat Jenis 054A.

    Jenis 054 merupakan frigat yang mengantikan kelas Jiangwei dan kelas Jianghu di dalam pemilikan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat. Ia telah dibandingkan dengan frigat buatan Perancis iaitu frigat Kelas La Fayette. Frigat Jenis 054 ini mempunyai berat 4,000 tan (anggaran) yang menggabungkan banyak ciri-ciri halimunan: seperti rekabentuk badan bercerun; bahan menyerap radar; dan mengurangkan ciri-ciri dan kelengkapan di permukaan.

    Pada bulan April 2002, sebuah syarikat Jerman-Perancis SEMT Pielstick telah mengumumkan bahawa China telah mendapat membeli 8 unit enjin diesel marin Jenis 16 PA6 STC untuk dua buah frigat baru. Lapan buah enjin baru ini akan dibina secara berlesen oleh Shaanxi Diesel Engine Works, dan akan dipasang pada dua buah frigat Jenis 054, #525 Ma'anshan, dan #526 Wenzhou. Laporan awal lain mendakwa bahawa kapal-kapal ini akan dijanakuasa oleh 2 x 16 PA STC + 2 x MTU 20V 956TB92 diesel, atau kemungkinan sama ada 4 x 16 PA STC + 2 x MTU 20V 956TB92.

    Perbandingan denganLa Fayette

    Dari luarannya, frigat Jenis 054 menyerupai frigat Kelas La Fayette buatan Perancis. Dua buah kapal ini juga memiliki saiz dan sesaran yang sama. Beberapa persamaan adalah:

    • Pendorongan:
      • Jenis 054: CODAD dipadankan dengan 4x SEMT Pielstick 21,000 hp (dipertikaikan)
      • La Fayette: CODAD dipadankan dengan 4x SEMT Pielstick 21,000 hp (16,000 kW)
    • Radar:
      • Jenis 054: Jenis 363S, berdasarkan kepada radar Thomson-CSF DRBV-15 Sea Tiger
      • La Fayette: Thales (Thomson-CSF) DRBV-15C Sea Tiger Mk2
    • Kawalan tembakan:
      • Jenis 054: Jenis 345, berdasarkan Thomson-CSF Castor II
      • La Fayette: Thales (Thomson-CSF) Castor 2J
    • Sistem Pengurusan Tempur:
    • SAM:
      • Jenis 054: HQ-7 SAM, berdasarkan Sea Crotale SAM
      • La Fayette: Crotale VT1

    China telah mengimport banyak sistem persenjataan daripada Perancis pada tahun 1980-an, dan mendapatkan lesen pengeluaran. Beberapa sistem yang digunakan pada Jenis 054 adalah berdasarkan sistem Perancis yang digunakan oleh frigat La Fayette pada tahun 1980-an. Walaubagaimanapun, frigat Jenis 054A terbaru menggabungkan sistem tempatan yang lebih maju, bersama-sama dengan persenjataan baru yang dibangunkan di dalam negara seperti HQ-16 VLS dan Jenis 730 CIWS.

    Eksport

    Jane's Defence Weekly telah melaporkan bahawa Tentera Laut Pakistan sedang mempertimbangkan untuk memperolehi empat buah frigat dari Jenis 054 atau Jenis 054A. Frigat Jenis 054 akan melonjak kuasa Tentera Laut Pakistan dengan ketara di mana buat pertama kalinya pasukan tugas tentera laut boleh dioperasikan di bawah kawasan perlindungan pertahanan udara.

    Rujukan

    1. ^ "HN-2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-14. Dicapai pada 2010-09-21.

    Pautan luar

    Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!