Kauffman dan Crane mula mencipta Friends di bawah judul Insomnia Cafe di antara November dan Disember 1993. Mereka telah mempersembahkan idea tersebut kepada Bright, sebelum kepada NBC. Setelah beberapa pembaikian dan perubahan skrip dilakukan, termasuk menukar tajuk kepada Six of One,[1] dan, Friends Like Us, siri ini akhirnya dinamakan sebagai Friends.[2]
Pengambaran dilakukan di Studio Warner Bros. di Burbank, California. Rancangan ini menjadi siri nombor satu semasa musim kelapan. Musim kesepuluh yang juga musim terakhir menyaksiakan ia ditonton oleh kira-kira 52.5 juta penonton di Amerika Syarikat, menjadikan ia siri kelima paling ramai ditonton ketika musim terakhir dalam sejarah dunia penyiaran televisyen,[3][4][5] dan episod paling ramai ditonton sepanjang dekad 2000-an.[6][7]
Friends menerima penghargaan sepanjang masa, menjadi salah satu rancangan televisyen paling popular sepanjang masa.[8] Siri ini pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Primetime ke-62 dan memenangi Siri Komedi Terbaik pada tahun 2002 untuk musim kelapan. Rancangan ini disenaraikan di tangga ke-21 dalam TV Guide's 50 Greatest TV Shows of All Time,[9] and no. 7 on Empire magazine's The 50 Greatest TV Shows of All Time.[10][11] Pada tahun 1997, episod "The One with the Prom Video" disenaraikan dalam TV Guide's 100 Greatest Episodes of All-Time.[12] Pada tahun 2013, Friends menduduki tangga ke-24 dalam Writers Guild of America's 101 Best Written TV Series of All Time,[13] dan tangga ke-28 dalam TV Guide's 60 Best TV Series of All Time.[14]