Franz Beckenbauer

Franz Beckenbauer
Beckenbauer dengan Jerman Barat pada tahun 1975
Maklumat peribadi
Nama penuh Franz Anton Beckenbauer
Tarikh lahir (1945-09-11) 11 September 1945 (umur 79)
Tempat lahir Munich, Jerman
Tarikh kematian 7 Januari 2024(2024-01-07) (umur 78)
Tempat kematian Salzburg, Austria
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1951–1959 SC München von 1906
1959–1964 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1964–1977 Bayern Munich 439 (64)
1977–1980 New York Cosmos 80 (17)
1980–1982 Hamburger SV 28 (0)
1983 New York Cosmos 25 (2)
Jumlah 572 (83)
Pasukan kebangsaan
1964 Belia Jerman Barat 3 (3)
1965 Jerman Barat B 2 (0)
1965–1977 Jerman Barat 103 (14)
Pasukan diurus
1984–1990 Jerman Barat
1990–1991 Marseille
1993–1994 Bayern Munich
1996 Bayern Munich
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Franz Anton Beckenbauer (Sebutan bahasa Jerman: [fʁant͡s ˈbɛkənˌbaʊ̯ɐ]; lahir 11 September 1945 – 7 Januari 2024) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Beliau digelar Der Kaiser ("Maharaja") kerana gaya permainan dan kepimpinannya di atas padang serta nama depannya, "Franz" mengingatkan kepada Maharaja Austria. Beliau dianggap salah satu pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak.[1][2] Seorang pemain yang serba boleh memulakan kariernya di posisi pemain tengah namun Beckenbauer mencipta namanya sebagai pertahanan. Beliau sering dianggap sebagai pencipta posisi sweeper moden atau dikenali sebagai libero.[3]

Dua kali diumumkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah, Beckenbauer beraksi sebanyak 103 perlawanan buat Jerman Barat dan tampil dalam tiga edisi Piala Dunia. Beliau bersama Mário Zagallo dari Brazil, kedua-duanya meraih Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus. Beckenbauer meraih trofi Piala Dunia sebagai kapten pasukan pada tahun 1974 dan sebagai pengurus pada 1990. Selain itu, beliau turut merangkul trofi Kejohanan Eropah di peringkat antarabangsa dan Piala Eropah di peringkat kelab dan kedua-duanya pencapaian tersebut sebagai kapten pasukan. Beliau disenaraikan ke dalam "Pasukan Dunia Abad ke-20" pada tahun 1998, "FIFA World Cup Dream Team" pada tahun 2002 dan FIFA 100 pada tahun 2004 iaitu kalangan pemain bola sepak terhebat.[4][5]

Di peringkat kelab bersama Bayern Munich, Beckenbauer meraih Piala Pemenang UEFA pada tahun 1967 dan tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Selepas bersara, beliau menjadi pengurus dan presiden Bayern Munich. Selepas dua tempoh bersama New York Cosmos, beliau diserap ke dalam "National Soccer Hall of Fame" Amerika Syarikat.

Pada hari ini, Beckenbauer kekal sebagai tokoh dalam bola sepak Jerman bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya membawa Jerman memenangi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2006 dan mengetuai jawatankuasa penganjur. Beliau kini bekerja sebagai pundit untuk Sky Deutschland dan kolumnis untuk akhbar Bild.

Kerjaya kelab

Beckenbauer melakukan penampilan sulungnya bersama Bayern pada aksi Regionalliga Süd ("Liga Daerah Selatan", divisyen kedua Jerman) dengan beraksi di posisi sayap kiri menentang Stuttgarter Kickers pada 6 Jun 1964. Pada musim pertamanya di liga daerah 1964-65, pasukannya memperoleh promosi ke Bundesliga, liga yang baru dibentuk sebagai divisyen pertama.

Bayern seterusnya menjadi kuasa besar dalam liga baru Jerman apabila meraih Piala Jerman pada musim 1966-67 dan merangkul kejayaan Eropah dalam Piala Pemenang Eropah 1967. Beckenbauer menjadi kapten pasukan Bayern buat musim 1968-69 dan membawa kelabnya menjuarai Bundesliga kali pertama. Pada masa itu juga, beliau cuba menggunakan posisi sweeper (libero)

Sepanjang tempoh Beckenbauer di Bayern Munich, mereka menjuarai tiga kejuaraan liga berturut-turut dari tahun 1972 hingga 1974 dan turut meraih tiga trofi Piala Eropah berturut-turut (1974-76) sekali gus mereka memberi penghargaan untuk memiliki trofi tersebut selama-lamanya.

Menariknya, sejak tahun 1968 Beckenbauer digelar Der Kaiser oleh pihak media dan penyokong. Hal ini kerana dalam perlawanan persahabatan Bayern Munich yang berlangsung di Vienna, Austria, Beckenbauer bergambar dengan bekas Maharaja Austria, Franz Joseph I. Seterusnya, media menggelar beliau Fußball-Kaiser (maharaja-bola sepak) sebelum berubah menjadi Der Kaiser.

Pada tahun 1977, Beckenbauer menerima kontrak lumayan untuk beraksi dengan kelab North American Soccer League, New York Cosmos. Beliau beraksi di Amerika Syarikat selama empat musim hingga tahun 1980 dan pasukannya meraih tiga trofi Soccer Bowl (1977, '78, '80).[6]

Selepas itu, Beckenbauer berpindah semula ke Jerman bersama kelab Hamburg (1980–82) dan merangkul gelaran Bundesliga pada musim terakhirnya di situ. Beliau mengumumkan persaraan selepas kembali semula ke New York Cosmos pada tahun 1983. Sepanjang kariernya dalam liga domestik, beliau telah melakukan 587 kemunculan dan menjaringkan 81 gol.

Kerjaya antarabangsa

Beckenbauer tampil dalam 103 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan 14 gol untuk pasukan Jerman Barat.[7] Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia yang menamatkan kejohanan di tempat naib juara pada tahun 1966, tempat ketiga pada 1970 dan juara pada Piala Dunia FIFA 1974. Beliau turut diumumkan ke dalam anugerah Bintang Pasukan Pilihan buat ketiga-tiga edisi tersebut. Selain itu, beliau juga mengambil bahagian dalam Euro 1972 dan menjadi naib juara dalam edisi 1976. Perlawanan sulung Beckenbauer untuk pasukan kebangsaan Jerman Barat pada 26 September 1965.

Beckenbauer saat menjadi kapten pasukan Jerman Barat ketika kejohanan Piala Dunia 1974.

Beckenbauer melakukan kemunculan Piala Dunia sulungnya pada tahun 1966 dengan beraksi kesemua perlawanan. Pada perlawanan pertamanya di Piala Dunia menentang Switzerland, beliau menjaringkan dua gol dalam meraikan kemenangan 5–0.[8] Jerman Barat menjadi juara kumpulan seterusnya menewaskan Uruguay 4-0 pada peringkat suku akhir yang mana Beckenbauer menjaringkan gol kedua Jerman pada minit ke-70.[9]

Dalam perlawanan separuh akhir bertemu Soviet, Helmut Haller menjaringkan gol pembukaan perlawanan manakala Beckenbauer menambah lagi duka Soviet dengan menjaringkan gol kedua Jerman sekali gus gol keempat dicetaknya sepanjang kejohanan.[10] Akhirnya, pasukan Jerman menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Soviet 2-1. Pada perlawanan akhir, mereka berhadapan tuan rumah, England. Pasukan tuan rumah menjadi juara dunia selepas mengalahkan Jerman Barat 4-2 dengan beberapa isu kontroversi pada perlawanan tersebut. Walaupun pasukan Jerman kecewa akan kekalahan ini, tetapi Beckenbauer mencipta namanya dalam kejohanan tersebut apabila mempamerkan persembahan menarik dan teruja ditonton. Pasukan Jerman disambut seperti wira sebaik tiba di tanah air.

Dalam saingan Piala Dunia 1970, pasukan Jerman berjaya memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan sebelum bertemu England pada pusingan kedua dan dianggap perlawanan ulangan final Piala Dunia 1966. England mendahului 2-0 pada separuh masa pertama tetapi gol menarik Beckenbauer pada minit ke-69 membantu Jerman bangkit sebelum menyamakan kedudukan 2-2 sebelum masa penuh. Akhirnya, Jerman menang 3-2 hasil jaringan masa tambahan oleh Gerd Müller sekali gus Jerman mara ke peringkat seterusnya bertemu Itali. Mereka terpaksa akur akan kekalahan 4-3 dalam perlawanan yang dikenali sebagai Game of the Century ("Perlawanan Abad Ini") di kedua-dua negara tersebut. Jerman menewaskan Uruguay dalam penentuan tempat ketiga 1-0.[11]

Beckenbauer menjadi kapten pasukan Jerman mulai tahun 1971. Pada kejohanan Euro 1972, Jerman Barat dinobatkan juara Eropah dengan membenam Soviet 3-0 pada perlawanan akhir.

Beckenbauer merupakan tonggak utama pasukan Jerman Barat yang bergelar juara dunia pada 1974. Mereka menewaskan Belanda yang dibintangi Johan Cruyff dalam perlawanan akhir Piala Dunia tersebut. Beckenbauer menjadi kapten pertama menjulang trofi Piala Dunia baru yang diperkenalkan pada edisi tersebut. Kejayaan ini menyumbang kepada Jerman Barat menjadi pasukan Eropah pertama meraih Kejohanan Eropah dan Piala Dunia serentak (setelah itu, dua negara telah berjaya meraih rekod ini iaitu Perancis pada 2000 dan Sepanyol pada 2010).

Dalam kejuaraan 1976, pasukan Jerman Barat sekali lagi mara ke perlawanan akhir namun kali ini mereka tewas kepada Czechoslovakia menerusi penentuan penalti. Beckenbauer diumumkan ke dalam Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan.

Beckenbauer bersara daripada pasukan kebangsaan Jerman Barat pada tahun 1977 semasa usia 31 tahun selepas melakukan perpindahan ke New York Cosmos.[12]

Kerjaya pengurus

Beckenbauer pada tahun 1990

Beckenbauer dilantik sebagai ketua jurulatih Jerman Barat untuk menggantikan Jupp Derwall. Beliau membawa pasukan Jerman mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1986 namun terpaksa akur tewas kepada Argentina yang dibintangi legenda Diego Maradona.[13]

Pada tahun 1990, sebelum penyatuan semula Jerman, Beckenbauer mengendali pasukan Jerman tanpa kelibat pemain dari negara Jerman Timur yang memenangi Piala Dunia 1990 selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir dan dianggap pengulangan final Piala Dunia lalu. Beckenbauer bersama Mario Zagallo menjuarai Piala Dunia ketika menjadi pemain dan pengurus pasukan kebangsaan.[14]

Beckenbauer seterusnya mengambil alih pengurusan kelab dengan menerima jawatan pengurus Olympique de Marseille pada tahun 1990 tetapi meninggalkan kelab Perancis tersebut selepas setahun. Marseille akhirnya menjuarai liga Perancis dan menjadi naib juara Piala Eropah.

Dari 28 Disember 1993 hingga 30 Jun 1994 dan seterusnya mulai 29 April 1996 hingga 30 Jun pada tahun yang sama, beliau mengendali pasukan Bayern Munich. Dua tempohnya di kelab Bavaria itu menyaksikan beliau meraih beberapa pencapaian antaranya gelaran Bundesliga pada tahun 1994 dan Piala UEFA pada tahun 1996.

Pada tahun 1994, beliau mengambil alih jawatan presiden kelab Bayern dan banyak kejayaan pada tahun-tahun sesudahnya telah diraih hasil pengurusan bijak Beckenbauer. Berikutan keputusan kelab untuk berubah kepada sebuah syarikat terhad, beliau telah menjadi pengerusi lembaga penasihat sejak tahun 2002.

Pada tahun 1998, beliau merupakan naib presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).[15] Pada penghujung tahun 1990an, Beckenbauer sebagai ketua pembida berjaya membantu Jerman memenangi pembidaan sebagai tuan rumah atau pengajur bagi kejohanan Piala Dunia 2006.[16] Beliau turut memengerusi jawatankuasa antarabangsa bagi Piala Dunia dan seorang pengulas untuk tabloid Jerman, Bild-Zeitung.

Kematian

Beckenbauer meninggal dunia pada 7 Januari 2024[17], usia 78 tahun, atas sebab semula jadi seperti yang diumumkan oleh keluarganya dalam nota yang dihantar kepada Deutsche Presse-Agentur. Upacara peringatan telah diadakan di Allianz Arena pada 19 Januari.

Statistik kerjaya

Kelab

Kelab Musim Liga Piala Benua Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Barat Bayern Munich 1963–64 6 2 6 2
1964–65 37 17 37 17
1965–66 33 4 6 1 39 5
1966–67 33 0 5 0 9 0 47 0
1967–68 28 4 4 0 7 1 39 5
1968–69 33 2 6 0 39 2
1969–70 34 6 1 0 2 0 37 6
1970–71 33 3 9 1 8 1 50 5
1971–72 34 6 6 1 7 1 47 8
1972–73 34 6 6 0 6 1 46 7
1973–74 34 5 4 0 10 1 48 5
1974–75 33 1 3 0 7 1 43 2
1975–76 34 5 7 2 9 0 2 0 52 7
1976–77 33 3 4 0 37 3
Jumlah 439 64 61 5 65 6 2 0 567 75
Amerika Syarikat New York Cosmos 1977 15 4 15 4
1978 27 8 27 8
1979 12 1 12 1
1980 26 4 26 4
Jumlah 80 17 80 17
Jerman Barat Hamburger SV 1980–81 18 0 1 0 0 0 19 0
1981–82 10 0 3 0 5 0 18 0
Jumlah 28 0 4 0 5 0 37 0
Amerika Syarikat New York Cosmos 1983 25 2 25 2
Jumlah kerjaya 572 83 65 5 70 6 2 0 709 94

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1965 3 0
1966 12 7
1967 5 0
1968 9 1
1969 6 0
1970 12 2
1971 9 2
1972 7 0
1973 10 1
1974 15 0
1975 7 0
1976 7 1
1977 1 0
Jumlah 103 14

Gol antarabangsa

Pengurusan

Pasukan Mulai Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Jerman Jerman Barat 1984[18] 1990[19] &&&&&&&&&&&&&066.&&&&&066 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&051.52000051.52
Perancis Olympique Marseille 1 September 1990[20] 31 Disember 1990[21] &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064.00
Jerman Bayern Munich 28 Disember 1993[22] 30 Jun 1994[23] &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&064.29000064.29
Jerman Bayern Munich 28 April 1996[24] 30 June 1996[25] &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&060.&&&&&060.00
Jumlah &&&&&&&&&&&&0110.&&&&&0110 &&&&&&&&&&&&&062.&&&&&062 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&056.36000056.36

Pencapaian

Pemain

Kelab

Bayern Munich
Hamburger SV[26]
New York Cosmos

Antarabangsa

Jerman Barat[27]

Pengurus

Jerman Barat[28]
Marseille
Bayern Munich[29]

Individu

Pemain
Pengurus

Sivik

Nota

  1. ^ Termasuk Piala Toyota

Catatan

  1. ^ name="FIFA profile">"Der Kaiser, the brains behind Germany". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-06. Dicapai pada 24 July 2009.
  2. ^ name="Independent">Lawton, James (3 June 2006). "Franz Beckenbauer: The Kaiser". The Independent. UK. Dicapai pada 24 July 2009.
  3. ^ "Franz Beckenbauer bio". ifhof.com – International Football Hall of Fame. Dicapai pada 29 March 2008.
  4. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 16 November 2013.
  5. ^ name="wrldallt"
  6. ^ name="FIFA profile"
  7. ^ name="FIFA profile"
  8. ^ name="FIFA stats"
  9. ^ "Franz BECKENBAUER". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-30. Dicapai pada 22 May 2014.
  10. ^ name="FIFA stats"
  11. ^ name="FIFA profile"
  12. ^ Molinaro, John (8 June 2014). "1978 World Cup: Argentina finally wins". sportsnet.ca. Dicapai pada 18 June 2014.
  13. ^ name="FIFA profile"
  14. ^ name="FIFA profile"
  15. ^ name="FIFA profile"
  16. ^ name="FIFA profile"
  17. ^ "Legenda bola sepak Jerman Franz Beckenbauer meninggal dunia pada usia 78 tahun". Berita Harian. 9 Januari 2024. Dicapai pada 6 Jun 2024.
  18. ^ name=Nationaltrainer
  19. ^ name=Nationaltrainer
  20. ^ name="Olympique Marseille » Trainerhistorie">"Olympique Marseille » Trainerhistorie". World Football. Dicapai pada 22 January 2014.
  21. ^ name="Olympique Marseille » Trainerhistorie"
  22. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  23. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  24. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  25. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  26. ^ name="fussballdaten.de"
  27. ^ name="Soccerway">"F. Beckenbauer". Soccerway. Dicapai pada 22 January 2015.
  28. ^ name="fussballdaten.de"
  29. ^ name="fussballdaten.de"
  30. ^ Leme de Arruda, Marcelo (20 Oktober 2015). "FIFA XI´s Matches - Full Info". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 26 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ name="fifa.com">"FIFA Order of Merit and Centennial Award" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-02. Dicapai pada 21 January 2015.
  32. ^ name="fifa.com"
  33. ^ "Legends". Golden Foot. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 23 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ "UEFA President's Award". UEFA.com. 2 January 2014. Dicapai pada 1 June 2017.
  35. ^ "Your All-time EURO 11 revealed". UEFA. 7 June 2016. Dicapai pada 8 June 2016.

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Werner Olk
Kapten Bayern Munich
1970–1977
Diikuti oleh:
Sepp Maier
Didahului oleh
Wolfgang Overath
Kapten Jerman Barat
1972–1977
Diikuti oleh:
Berti Vogts

Read other articles:

  Due senza maschileCittà del Messico 1968 Informazioni generaliLuogoCanal de Cuemanco, Città del Messico Periodo13 - 19 ottobre 1968 Partecipanti18 coppie da 18 nazioni Podio Jörg LuckeHeinz-Jürgen Bothe  Germania Est Lawrence HughPhilip Johnson  Stati Uniti Peter ChristiansenIvan Larsen  Danimarca Edizione precedente e successiva Tokyo 1964 Monaco di Baviera 1972 Voce principale: Canottaggio ai Giochi della XIX Olimpiade. Canottaggio a Città del Messico 1968 Sin...

 

Una cabria es un artefacto utilizado para levantar pesos.Cabria abandonada en El Centenillo, Jaén. Descripción Se compone de un armazón de tres vigas, dos de ellas ensambladas en ángulo agudo y una tercera formando un trípode con las otras dos para dar estabilidad a la estructura. Tiene una polea suspendida en el centro y un torno donde se enrolla la cuerda con la que se sube el peso a manipular. En ocasiones se le incorpora una balanza romana que se utiliza para pesar. Además de en la ...

 

Le Clavier bien tempéré I Pour un article plus général, voir Le Clavier bien tempéré. Vous lisez un « bon article » labellisé en 2020. Prélude et fugue n°BWV 869Le Clavier bien tempéré, livre I (d) Si mineur Prélude Métrique Prélude. noicon Fugue Voix 4 Métrique Fugue. noicon Liens externes (en) Partitions et informations sur IMSLP (en) La fugue jouée et animée (bach.nau.edu) modifier  Le prélude et fugue en si mineur (BWV 869) est le 24e et dernier couple d...

Eslovenia en los Juegos Olímpicos Bandera de EsloveniaCódigo COI SLOCON Comité Olímpico Esloveno(pág. web)Juegos Olímpicos de Sídney 2000Deportistas 74 en 13 deportesAbanderado Iztok ČopMedallasPuesto: 35 2 0 0 2 Historia olímpicaJuegos de verano 1992 • 1996 • 2000 • 2004 • 2008 • 2012 • 2016 • 2020 • 2024 •Juegos de invierno 1992 • 1994 • 1998 • 20...

 

vdeAtuais parlamentares na Assembleia Legislativa do Rio Grande do Norte (62ª legislatura)Deputados estaduaisAdjuto Dias (MDB)  · André Azevedo (PL)  · Bernardo Amorim (PSDB)  · Cristiane Dantas (SD)  · Divaneide Basílio (PT)  · Eudiane Macedo (PV)  · Ezequiel Ferreira (PSDB)  · Francisco do PT (PT)  · Galeno Torquato (PSDB)  · George Soares (PV)  ...

 

Natalie Imbruglia Natalie Imbruglia au Festival de Cannes 2008.Informations générales Nom de naissance Natalia Jane Imbruglia Naissance 4 février 1975 (48 ans)Sydney, Australie Activité principale Actrice, chanteuse, compositrice Genre musical Pop, rock Années actives Depuis 1997 comme chanteuseDepuis 1994 comme actrice Labels RCA Records (1997-2004)Brightside Recordings (Depuis 2005) Site officiel natalieimbruglia.com modifier Natalie Imbruglia est une chanteuse et actrice australi...

عبد العزيز كيتا معلومات شخصية الاسم الكامل عبد العزيز كيتا الميلاد 17 يونيو 1990 (العمر 33 سنة)غينيا مركز اللعب حارس مرمى الجنسية غينيا  معلومات النادي النادي الحالي كالوم ستار الرقم 30 مسيرة الشباب سنوات فريق باراكا المسيرة الاحترافية1 سنوات فريق م. (هـ.) 2010-2011 باراكا 2012- كالوم

 

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Desember 2022. Nama ini menggunakan kebiasaan penamaan Filipina; nama tengah atau nama keluarga pihak ibunya adalah Aldave dan marga atau nama keluarga pihak ayahnya adalah Espenilla. The HonorableNestor A. Espenilla Jr.Gubernur Bangko Sentral ng Pilipinas ke-4...

 

Artikel ini membutuhkan rujukan tambahan agar kualitasnya dapat dipastikan. Mohon bantu kami mengembangkan artikel ini dengan cara menambahkan rujukan ke sumber tepercaya. Pernyataan tak bersumber bisa saja dipertentangkan dan dihapus.Cari sumber: Gedung Reichstag – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR ReichstagGedung ReichstagLokasi di BerlinInformasi umumLokasiPlatz der Republik 1, 11011 BerlinKotaBerlinNegara JermanKoordinat52°31...

У Вікіпедії є статті про інші населені пункти з такою назвою: Зелений Гай. село Зелений Гай Країна  Україна Область Запорізька область Район Пологівський район Громада Гуляйпільська міська громада Код КАТОТТГ UA23100070090018753 Основні дані Населення 68 Площа 0,862 км² Густот...

 

Daily log of an ongoing military conflict This is a dynamic list and may never be able to satisfy particular standards for completeness. You can help by adding missing items with reliable sources. Timeline of the Russian invasion of UkrainePrelude (up to 23 February 2022)Initial invasion (24 February – 7 April 2022)Southeastern front (8 April – 28 August 2022)2022 Ukrainian counteroffensives (29 August – 11 November 2022)Second stalemate (12 November 2022 – 7 June 2023)2023 Ukrainian ...

 

Turkish conglomerate company Demirören GroupTypeHoldingIndustryEnergy, Industry, Real Estate, Construction, Media, EducationFounded1956; 67 years ago (1956) in Istanbul, TurkeyFounderErdoğan DemirörenKey peopleYıldırım Demirören, Tayfun Demirören, Meltem DemirörenRevenueUS$3 billion (2012)Websitehttp://www.demiroren.com Demirören Group is a Turkish conglomerate company.[1] Its properties include Milangaz (a liquefied petroleum gas distributor with 9% of the...

Artikel ini bukan mengenai Pemimpin Tertinggi (disambiguasi). Tiongkok Artikel ini adalah bagian dari seri Politik dan KetatanegaraanTiongkok Kepemimpinan Generasi kepemimpinan Kepemimpinan kolektif Pemimpin tertinggi Kepemimpinan inti Kepemimpinan sekarang Pemerintahan Xi-Li Pemimpin nasional Presiden (daftar): Xi Jinping Wakil Presiden (daftar): Li Yuanchao Pemimpin provinsi Partai Komunis Sejarah Organisasi Kongres Nasional Partai (ke-18) Komite Pusat (ke-18) Sekretaris Jenderal (daftar) X...

 

  لمعانٍ أخرى، طالع شمس سوداء (توضيح). رمز الشمس السوداء كما يظهر في البرج الشمالي لقلعة Wewelsburg. الشمس السوداء (الألمانية: Schwarze Sonne) هو رمز يستخدم في سياق ما بعد الرايخ الثالث من قبل النازيين الجدد وبعض الثقافات الغامضة، مثل الشيطانية. ظهر الرمز أولاً كعنصر تصميم في قلعة أ...

 

Former general in the Indian army This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Kunhiraman Palat Candeth – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2011) (Learn how and when to remove this template message) Lieutenant GeneralKunhiraman Palat CandethPVSMMilitary Governor of Goa, Daman and DiuIn...

This article is about the 1986 MSX2 game. For the 1994 Mega Drive game, see Castlevania: Bloodlines. For other uses, see Vampire Killer (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Vampire Killer – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2020) (Learn how and when to remove this ...

 

Джамоат імені Абді Авазова тадж. Ҷамоати ба номи Абди Авазов   Країна  Таджикистан Область Хатлонська Район Восейський На честь Абді Авазов Адміністративний центр село Ґулобод Населення 16646 осіб (2010)   Мапа Джамоат імені Абді́ Ава́зова (тадж. Ҷамоати ба номи Абди А...

 

Desiderio da Settignano Tondo con il Bambino e il san Giovannino del museo del Louvre, particolare Monumento funebre di Carlo Marsuppini Desiderio da Settignano (Settignano, 1430 circa – Firenze, 16 gennaio 1464) è stato uno scultore italiano. Sviluppò uno stile elegante e fine nel disegno, che combina l'aderenza al naturalismo, soprattutto nell'espressività, al virtuosismo nel trattamento del marmo; nei suoi busti-ritratti il tema preferito fu quello di donne e bambini dove il marmo sem...

Девлет I ГерайI Devlet Geray, ١ دولت كراى Изображение Девлет Герая на турецкой картине XVI века 14-й Хан Крыма 1551 — 1577 Предшественник Сахиб I Герай Преемник Мехмед II Герай Рождение 1512(1512) Смерть 1577(1577)Крымское ханство Место погребения Бахчисарай Род Гераи Отец Мубарек Герай Дети ...

 

Species of plant Resnova humifusa Scientific classification Kingdom: Plantae Clade: Tracheophytes Clade: Angiosperms Clade: Monocots Order: Asparagales Family: Asparagaceae Subfamily: Scilloideae Genus: Resnova Species: R. humifusa Binomial name Resnova humifusa(Baker) U.Müll.-Doblies & D.Müll.-Doblies Synonyms[1] Drimiopsis humifusa (Baker) Baker Drimiopsis maxima Baker Drimiopsis saundersiae Baker Ledebouria humifusa (Baker) J.C.Manning & Goldblatt Ledebouria transvaa...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!