Kepentingan ini menjadikan ia diutamakan sebagai suatu tempat bersejarah. Ia diabadikan tidak sahaja sebagai suatu monumen bersejarah diwartakan pemerintah Kenya tahun 1969,[1] malah sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2011.[2]
Gambaran umum
Sejarah
Tempat ini dijadikan suatu penjara setelah Kenya dijajah British sehingga tahun 1958. di mana ia dijadikan suatu tapak peringatan, Pada tahun sama, kegiatan ekskavasi dilakukan terhadap persekitaran kubu ini dari 1958 hingga 1971.[3]
Seni bina
Ia merupakan kubu pertama gaya Eropah dibina luar benua tersebut yang dipilih khas untuk menahan serangan dan bedilan meriam.[4] Bentuk tapak ini pada asasnya menyerupai gambaran tubuh manusia yang terlentang.