Fincantieri S.p.A. (sebutan bahasa Itali: [finkanˈtjɛːri]) adalah sebuah syarikat perkapalan Itali yang berpangkalan di Trieste, Itali. Ia merupakan syarikat perkapalan terbesar di Eropah, selepas perolehan Vard pada tahun 2013 dan 50% saham STX France pada tahun 2018. Saiz kumpulan Fincantieri membesar dua kali ganda untuk menjadi syarikat ke-4 terbesar di dunia.[1] Syarikat ini membina kapal untuk tujuan ketenteraan dan komersial.