Fetlok atau keting adalah nama umum bagi sendimetakarpofalanks dan metatarsofalanks (MCPJ dan MTPJ) pada haiwan-haiwan besar kuda dan sesetengah anjing. Ia terbentuk oleh persimpangan tulang metakarpus (kaki depan/lengan) atau metatarsus (kaki belakang) ketiga, iaitu tulang kering) proksimad dan falanks proksimal distad (nama am: tulang pastern). Tulang sesamoid proksimal berpasangan bersendi dengan permukaan distal palmar atau plantar pada tulang metakarpus/metatarsus ketiga dan terpasang ketat pada hujung proksimo-palmar/-plantar falanks proksimal.